Aku tak pasti sejak bila,
tapi yang aku pasti, sejak dari kecil lagi aku memang sukakan teka-teki.
Teka-teki seperti yang menduga akal.
Tak kira sama ada dalam kategori teka-teki bodoh,
ataupun yang sangat menduga akal,
aku sukakan semuanya.
Ya.
Ramai orang lain pun sukakan teka-teki.
Itu aku tak tolak.
Cuma aku rasa ramai yang sukakan teka-teki hanya kerana atas dasar ingin tahu.
Ingin tahu jawapan kepada teka-tkei tersebut.
Pada aku, secara peribadi,
perkara yang seronok tentang teka-teki adalah perjalanan kita dalam mencari jawapan.
Bagaimana kita terlalu merasakan mahu tahu jawapan secepat mungkin,
dan dalam masa sama kita berusaha agar jawapan itu datang dari diri kita sendiri,
bukan dari sumber lain, bukan dari mulut orang lain.
Dari kita sendiri.
Masa dalam tingkatan tiga,
suatu hari ada satu buku di atas meja aku dari seseorang yang rahsia.
Dalamnya, terdapat cabaran teka-teki dari dia.
Dia mencabar aku menjawab teka-teki dia dan juga berikan teka-teki aku untuk dia.
Disebabkan keghairahan tak mengetahui datang dari siapa,
aku turutkan segala kemahuan dia.
Cara kami bertukar buku ialah
setiap kali aku datang kelas, aku ternampak buku itu di atas meja aku.
Selepas itu, kalau aku sudah selesai,
aku hanya perlu tinggalkan buku itu di atas meja aku balik semasa tamat waktu kelas.
Proses pertukaran itu berlaku beberapa kali.
Aku seronok. Aku teruja.
Tapi yang lebih menyeronokkan aku ialah teka-teki yang besar,
iaitu mencari siapa dalang di sebalik buku tersebut.
Aku amati tulisan dia. Aku jadi kenal dengan tulisan itu.
Dan kemudian, setiap kali aku melibat buku kawan-kawan lain,
aku akan bandingkan tulisan mereka dengan yang ada dalam otak aku.
Juga, aku selitkan informasi yang hanya aku berikan dalam buku itu.
Kemudian, jika ada orang lain yang tahu informasi itu,
maka dialah dalang di sebalik buku itu.
Akhirnya, aku dapat jawapan.
Bukan seorang, tapi dua orang.
Budak perempuan.
Walaupun aku tak tahu apa niat mereka sebenar,
tapi aku pasti, mereka juga seronok.
Lalu aku bertanya dalam buku, apa niat mereka mewujudkan buku itu.
Tiada jawapan.
Malah, itulah kali terakhir aku bertemu buku itu.
Seperti soalan aku itu adalah kata kunci kepada permainan yang tamat.
Dan permainan itu memang tamat.
Sampai sekarang,
aku dibelenggu dengan teka-teki yang tiada jawapan.
Jawapan kepada niat sebenar mereka buat begitu.
Tapi aku seronok.
Kerana dalam perjalanan ke arah jawapan yang aku cari
aku terima banyak ilmu dan pengetahuan
dan menjadikan siapa aku sekarang.
Terima kasih, kamu berdua.
.