Thursday, May 8, 2014

Takuk.

Adakah aku patut putus asa?

Terlalu lama aku meronta.
Namun,
takuk makin berlekuk dalam.
Aku masih berharap kejam.
Sedangkan yang lain sudah maju silam.
Aku hanya mengiring dengan mata kelam.

Adakah aku patut putus asa?
Adakah aku patut putus asa?

Aku patut putus asa.

Monday, May 5, 2014

Penyeri.

5 Mei.

Selamat hari lahir,
wahai si penyeri memori lama.
Suatu hari nanti,
dendam akan aku balas setimpal dengan sayang yang pernah aku dendangkan.
Lagipun,
kedua-duanya hanya terpisah dengan satu garis halus.

Saturday, May 3, 2014

Tolong.


Aku mahu terus maju ke hadapan.
Tapi...
Aku tak nampak jalan.
Aku masih tercari-cari laluan.
Aku masih meraba-raba tapak untuk berpijak.
Sedangkan masa begitu pantas meninggalkan aku.
Aku teruskannya dengan hanya berdiri diam.
Takuk sudah tidak berlekuk
tapi kini menjadi lubang yang dalam.
Hanya dengan usaha sendiri baru aku mampu untuk panjat keluar.
Menunggu sesiapa menghulurkan tali?
Jika tiada kepentingan, manusia tidak akan membantu.
Itu pengajaran yang aku belajar dengan cara yang pedih.
Maka,
aku tiada pilihan jika mahu keluar.
Aku hanya boleh memanjat menggunakan akal.
Kerana aku sedar,
manusia tidak berkepentingan seperti aku
hanya seperti lalat yang hinggap meja makan.
Sama ada dibiarkan, atau dihalau.
Tiada siapa mahu meletakkan hidangan di hadapannya.

Tolong.
Tolong aku.
Tolong aku bantu diri aku sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...