Thursday, August 30, 2012
Trauma.
Wajah gembira hari ini.
Wajah sedih hari ini.
Kelemahan semalam.
Kekuatan hari ini.
Jika itu kamu, kepada siapa kamu tonjolkan?
Jika itu aku, kepada siapa aku persembahkan?
Kadang kala masa lalu
pergi dengan penuh kejam.
Tetapi dari kekejaman itu
terlahirnya masa kini.
Dengan gigih aku mencari
akan seseorang
yang mampu melepaskan
hati ini dari dibolosi ketakutan.
Sebagaimana aku gagal mengenalpasti bunga
yang menari di hujung kaki,
begitulah juga aku tak mampu menatap diri
pabila di hadapan cermin.
Wajah gembira hari ini.
Wajah duka hari ini.
Luka bertaut semalam.
Terbuka luas hari ini.
Jika itu kamu, kepada siapa kamu tonjolkan?
Jika itu aku, kepada siapa aku persembahkan?
Kewarasan dan kejununan
yang dikurnia adalah milikku --
Kedua-duanya wujud
tanpa menolak sesama sendiri.
Yang cabuk, yang tumpah,
dan yang sempelah...
Aku akan pilih dengan keazaman,
supaya aku tetap sebenar.
Kerana aku sentiasa
meletakkan definisi terhadap kegembiraan
dengan apa yang aku fahamkan.
Wajah gembira hari ini.
Wajah duka hari ini.
Walaupun luka bertaut semalam
terbuka luas hari ini.
Jika itu kamu, kepada siapa kamu tonjolkan?
Jika itu aku, aku mahu persembahkan kepada si dia.
Apa?
AkuHati
No comments:
Sunday, August 19, 2012
Raya.
Tahun demi tahun,
raya menjadi satu sambutan yang semkin tidak meriah.
Sama ada kerana aku semkin dewasa
atau persekitaran yang melemahkan
aku tak pasti.
Namun,
aku harap aku tidak terus merasakan raya itu kelat.
Ya, sekelat kopi yang aku lupa untuk sertakan gulanya.
Apa?
AkuHati
No comments:
Wednesday, August 15, 2012
Kitaran.
Perasaan bersalah tidak pernah mengajar aku.
Ya,
mungkin ianya berkesan 4-5 minit selepas perkara itu berlaku,
tapi akhirnya ia tenggelam dalam detik harian hidup.
Akhirnya, aku akan kembali lakukan perkara yang sama
dan merasa perasaan bersalah yang sama
dan kembali melupakannya, juga sama.
Seolah-olah, ianya satu kitaran
bukan garis perjalanan.
Aku tidak pernah belajar dari rasa bersalah.
Adakah aku terletak dalam kelompok manusia rugi?
Adakah aku jahat?
Apa?
AkuHidup
No comments:
Tuesday, August 14, 2012
Tahi.
"Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah."
Ini ialah tahi lembu terbesar pernah aku tahu.
Kerananya, seorang yang penyayang dan tidak bersalah,
bakal terseksa disebabkan perkara yang tidak dilakukannya.
Tahi.
Aku akan bunuh kau satu hari nanti.
Aku akan bunuh kau satu hari nanti.
Apa?
AkuHidup
No comments:
Monday, August 13, 2012
Esok.
Jam 0900
aku ada temujanji dengan doktor di HUKM berkaitan dengan mata.
Harap tiada apa yang merisaukan.
Aku tidak risaukan tentang esok,
aku risaukan tentang masa hadapan.
Apa?
AkuHidup
No comments:
Satu.
Perasaan waktu mendapat jemputan perkahwinan daripada bekas kekasih hati sangat tidak menyenangkan.
Namun,
oleh kerana kami berpisah secara (agak) baik
aku takkan mampu jadikannya alasan untuk tidak dihadiri.
Tapi,
melihat seseorang yang pernah menjadi nombor satu dalam hati
yang kini menjadi nombor satu kepada lelaki lain
duduk di atas pelamin yang pernah aku angankan memang bukan mudah.
Aku pasrah.
Sila tabah.
Apa?
AkuHati
No comments:
Sunday, August 12, 2012
Nama.
Aku selalu beranggapan nama aku kedengaran pelik.
Tapi aku amat sukakannya.
Sesetengah dari mereka di luar sana memperlekehkan nama aku kerana kedengaran seperti nama perempuan.
Tapi aku tetap sukakannya.
Lalu,
natijah dari perasaan kesunyian
aku menaip nama aku dalam laman enjin carian.
Rupanya nama aku bukan begitu pelik.
Menariknya,
beberapa pemilik nama aku yang muncul dalam keputusan carian
memiliki pekerjaan yang aku impikan dari kecil.
Ya,
pekerjaan yang aku hanya impikan, tapi tak kesampaian.
Ini sekaligus membuatkan aku berkobar-kobar.
Akan datang,
insyaAllah,
ketika pemilik nama aku yang lain mencari nama mereka dalam lama enjin carian,
wajah aku yang akan muncul dek kerana kejayaan aku.
InsyaAllah.
Apa?
AkuHidup
No comments:
Friday, August 10, 2012
Lagu.
Siang tadi,
ketika aku membeli-belah di sebuah kompleks,
semasa aku masuk ke dalam satu kedai pakaian,
pembantu jualan kedai itu yang berbangsa cina sedang riang menyanyikan lagu raya yang dimainkan di corong radio kedai itu.
"Satu hari di hari raya, kudengar irama yang sungguh indah.."
Untuk sekali,
aku dapat rasakan perpaduan di kalangan kaum di dalam Malaysia masih boleh diselamatkan.
ketika aku membeli-belah di sebuah kompleks,
semasa aku masuk ke dalam satu kedai pakaian,
pembantu jualan kedai itu yang berbangsa cina sedang riang menyanyikan lagu raya yang dimainkan di corong radio kedai itu.
"Satu hari di hari raya, kudengar irama yang sungguh indah.."
Untuk sekali,
aku dapat rasakan perpaduan di kalangan kaum di dalam Malaysia masih boleh diselamatkan.
Apa?
AkuHidup
No comments:
Thursday, August 9, 2012
Lori.
Tadi,
semasa sedang menunggang,
di hadapan aku ada lori sedang memotong lori yang sedang memotong lori lain.
Bayangkan,
salah satu dari mereka terbuat silap,
maka aku tidak akan di sini menulis mengenainya.
Ya,
dunia kita penuh dengan orang yang mementingkan diri sendiri.
Dan populasinya ketara ketika di atas jalanraya.
Apa?
AkuHidup
No comments:
Wednesday, August 8, 2012
Mata.
Kadang-kadang,
ketika keseorangan,
aku duduk sendiri dan melihat sekeliling.
Alangkah indahnya alam ini,
alangkah banyaknya ilmu diperolehi,
jika aku tidak rabun seteruk ini.
Aku hilang nikmat.
Aku inginkannya kembali.
Apa?
AkuHati
No comments:
Monday, August 6, 2012
Myrna.
Siang tadi, semasa tidur, aku bermimpi.
mimpi tentang seorang perempuan bernama Myrna.
"Myrna...Myrna!"
Suara terjerit-jerit memanggil dia.
Tapi, seperti mimpi-mimpi yang lain,
aku tak pasti kesudahannya.
Yang aku pasti,
Myrna, dan ejaan namanya tertera dalam mimpi aku.
Sama ada ianya tercatat pekat dalam ingatan separa sedar
atau influensi dari persekitaran semasa tidur,
namun nama Myrna dan ejaannya tidak pernah aku jumpa
sekurang-kurangnya dalam minda sedar aku.
Agaknya,
siapa Myrna?
Siapa aku kepada Myrna?
Kenapa aku bermimpikannya?
mimpi tentang seorang perempuan bernama Myrna.
"Myrna...Myrna!"
Suara terjerit-jerit memanggil dia.
Tapi, seperti mimpi-mimpi yang lain,
aku tak pasti kesudahannya.
Yang aku pasti,
Myrna, dan ejaan namanya tertera dalam mimpi aku.
Sama ada ianya tercatat pekat dalam ingatan separa sedar
atau influensi dari persekitaran semasa tidur,
namun nama Myrna dan ejaannya tidak pernah aku jumpa
sekurang-kurangnya dalam minda sedar aku.
Agaknya,
siapa Myrna?
Siapa aku kepada Myrna?
Kenapa aku bermimpikannya?
Apa?
AkuMimpi
No comments:
Sunday, August 5, 2012
Senyum.
Bila aku jumpa si dia yang aku suka
tapi aku tahu aku tak akan milikinya,
aku selalu tersenyum dan terbayang
bagaimana kalau-kalau mimpiku kenyataan.
Apa yang pasti, aku sentiasa doakan kebahagiaan dia.
Dan itu membuatkan aku tersenyum.
tapi aku tahu aku tak akan milikinya,
aku selalu tersenyum dan terbayang
bagaimana kalau-kalau mimpiku kenyataan.
Apa yang pasti, aku sentiasa doakan kebahagiaan dia.
Dan itu membuatkan aku tersenyum.
Apa?
AkuHati
No comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)