Friday, November 16, 2012
Sahabat.
Ini adalah cerita di mana
aku terlalu terikat denagn laman sosial.
Lebih tepat, Twitter.
Seperti manusia normal lain,
aku hanya follow orang yang aku kenal dan nak follow.
Kebanyakkan mereka adalah kawan sekolah, kawan U, kawan kerja, dan beberapa orang selebriti.
Alkisah bermula bila aku sedar seorang kawan (perempuan) aku ni tak follow aku.
Lebih tepat, dia unfollow aku
sebab aku sangat pasti satu masa dahulu dia follow aku.
Bila aku bula page dia, baru aku tahu dia sudah tak follow aku.
Berapa lama dia sudah unfollow, aku tak pasti.
Ianya menyakitkan hati aku.
Mana tidaknya,
aku rasa dia tak ada masalah dengan aku.
Aku pun rasa dia memang menganggap aku sebagai kawan dia,
mana tidaknya, kami dah kenal lebih 13 tahun.
Malah, ada ketika kami berkongsi rahsia,
pernah makan malam berdua bersama,
pernah keluar layan konsert percuma bersama,
pendek kata, kami bukan sekadar kawan biasa yang hanya bertegur sapa dalam laman sosial.
Paling kurang, kami adalah kawan yang sebenar-benar kawan.
Atas sebab yang aku tak pasti,
dia unfollow aku dalam twitter.
Bak kata orang, butthurt.
Aku keras menganalisa diri, membuat soal selidik kepada diri sendiri tentang apa sebenarnya punca berlaku semua ini.
Adakah aku yang salah?
Aku ada salah cakap?
Aku annoying dalam twitter?
Ada berita buruk tentang aku tersebar?
Ada orang busuk hati busukkan reputasi aku?
Semuanya menjadi tanda tanya.
Lebih-lebih lagi,
aku kurang kawan.
Bukan tak ada, tapi aku anggap diri aku sikit kawan.
Mungkin sebab aku kurnag bercampur, dan kurang bersosial.
Tapi, yang aku pasti,
aku amat menghargai setiap kawan aku.
Walaupun hari jadi mereka aku dapat tahu dari Facebook (thank you Mark)
tapi aku pastikan yang mana aku ada nombor tu,
akan aku hantar paling kurang satu SMS ucap selamat.
Juga, mana kawan-kawan yang baru dapat anak,
aku sendiri akan ucapkan melalui panggilan, atau paling kurang, juga, SMS.
Dengan kata lain,
aku amat menitik-beratkan perbezaan kawan di dunia atas talian dengan dunia realiti.
Aku menghargai mereka (yang sedikit itu).
Oleh sebab itu,
aku amat terasa bila kawan yang tiada masalah,
pergi unfollow aku dan sanggup follow artis dan ahli politik yang jelas-jelas tak kenal diri dia.
Ya. Aku butthurt!
Namun,
setelah puas meroyan dalam twitter tentang isu ini,
seorang kawan aku menasihatkan aku.
Kata dia, hak untuk follow atau unfollow terletak pada pemilik account.
Apa sebab, tak ada sebab,
itu hak mereka, dan tak perlu mereka ceritakan kepada siapa-siapa.
Kalau aku betul-betul hargai mereka sebagai kawan,
aku akan terus berkawan dengan mereka di alam realiti
walaupun mereka sudah tidak follow dalam alam atas talian, iaitu Twitter.
Lalu,
aku sedar.
Rupanya, aku terlalu terlekat dengan alam atas talian
dan lupa skill sosial di alam realiti.
Aku tekad, selepas ini,
aku akan lebih jelas membezakan antara alam atas tlaian dnegan realiti.
Namun,
aku masih ada keraguan.
Bukankah 'persahabatan' adalah ikatan dua hala?
Kalau aku sahaja yang anggap dia sahabat,
dan dia tidak anggap aku apa-apa,
adakah kami masih 'sahabat'?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete