Thursday, December 5, 2013

Segera.

Frasa 'menyegerakan solat'
bermaksud 'melakukan solat di awal waktu'
tapi, jika dipandang dari sudut kurang berilmu
ianya boleh membawa maksud 'solat laju supaya habis dengan cepat.'

Kadang kala,
bahasa memang payah.
Apa yang kita maksudkan, kadang-kadang, jauh dengan apa yang difahami.
Pandangan orang berilmu dengan orang yang kurang ilmu juga berbeza.

Harapnya, aku di kalangan orang yang berilmu.

Friday, November 29, 2013

Telinga.

Aku ialah telinga.
Telinga yang sering mendengar masalah orang.
Walaupun kadang-kadang masalah itu berulang.
Aku tetap setia mendengar.

Tetapi,
siapa mahu jadi pendengar kepada telinga yang selalu mendengar?
Adakah telinga tiada masalah?
Adakah telinga hanya harus mendengar tanpa didengar?

Tolong.
Dunia aku dipenuhi dengan barisan watak utama dalam kehidupan masing-masing.
Tiada yang mahu mendengar watak tempelan seperti aku.

Tolong.

Tuesday, October 22, 2013

Impian.

Aku ada impian.
Impian lama.
Tapi bila aku lihat impian aku sedang diusahakan orang lain
semacam satu perasaan meluat, cemburu dan iri yang bercampur-baur timbul.
Aku terasa jahat.

Impian lama aku,
walaupun masih impian aku,
tapi ianya terlalu lama.
Aku sedar, aku tiada usaha.
Aku sedar, aku tiada istiqamah.
Hangat-hangat tahi kucing.

Aku harap kali ini aku berada di dalam jalan menuju impian.
Jalan sebenar yang tidak terberhenti.
Jalan sebenar yang tidak sekerat jalan.
Kali ini, aku harap, aku mampu memaksa diri untuk terus berada di jalan yang membawa aku ke arah impian.
Biar setahun,
biar sepuluh tahun,
biar seratus tahun,
asalkan aku tetap berada di atas jalan itu,
aku tidak peduli.

Aku ada impian.
Impian lama.
Impian zaman kanak-kanak
untuk menjadi nama di atas sebuah buku berisi panel siri bergambar.

Impian lama.
Masih impian aku.

Thursday, September 19, 2013

Kanvas.


Waktu itu, ketika kita sama-sama ketawa
melafaz "kita suka sama suka,"
waktu itu, sekecil mana khilaf kita lupakan sahaja.

Hilang tempat bertemu,
tempat pulang, aku tidak peduli.
Kerana hanya senyumanmu itu yang mahu aku lindungi.

Pertemuan, perpisahan
sebanyak bintang di atas kanvas malam...
Namun kini,
aku sangat tidak menginginkannya datang.

Aku hanya mahu kau di sisi,
di saat sukaku, dukaku.

Mari mula dari sini.
Mari bina esok milik kita.
Mari lakukannya seperti kita baru sahaja dilahirkan semula.

Seperti bunga ditiup angin musim panas,
mari kita berkembang cerah segera.


[130919 0021 3.069794 N, 101.716881 E]

Monday, August 12, 2013

Mahu.


Manusia seusia aku kebanyakannya ada dua perkara yang selalu difikirkan.
"Sampai bila mahu terus membujang..."
"Sampai bila mahu kerja di takuk yang lama..."

Aku pula,
hanya satu yang aku fikirkan.
"Aku mahu sambung belajar..."

Aku betul-betul mahu sambung belajar.
Betul-betul mahu.

Thursday, July 18, 2013

Unfollow.


Lama aku tinggalkan laman ini.
Bukan hangat tahi ayam,
cuma kehidupan aku terlalu bosan untuk dikongsi bersama warga alam maya.


Kali ini aku cuba nak sampaikan sesuatu yang pernah aku sampaikan dulu.
Ada baca entri lepas bertajuk Sahabat?
Ringkasnya,
ianya mengenai aku yang panas punggung bila ada seorang kawan unfollow aku dalam twitter tanpa sebab.
Seterusnya, aku dinasihatkan oleh seorang kawan lain yang unfollow dalam twitter tak bermakna putus talian persahabatan.
Aku redha.

Kali ini,
aku akan cerita tentang kawan aku yang nasihat itu.

Bagaikan berpusing pada tanah yang sama,
satu hari aku terbaca tweet dia yang berbunyi lebih kurang begini,
'aku pun ada unfollow beberapa orang kawan sebab bising sangat.'

Setelah diperiksa, aku termasuk dalam 'beberapa orang' yang dia sebutkan itu.
Dan aku tak pasti siapa lagi yang tersenarai dalam 'beberapa' dia itu.

Panas punggung.
Bukan sebab bilangan follower sikit,
tapi lebih kepada terasa ada orang cuba nak putus kawan.
Bagi orang macam aku yang kurang kawan, KAWAN adalah penting.
Lebih-lebih lagi kawan yang kenal sejak umur 13 tahun lagi.
Ya, aku butthurt..LAGI!

Lalu,
dalam riuh dia berbangga meng'unfollow' kawan lama dia kepada kawan-kawan rapat dia,
aku tweet untuk diri sendiri berbunyi,
'I iz sad. People are rude.'

Beberapa minit kemudian,
mungkin dia sedar aku sudah sedar,
ada tweet dia pula berbunyi lebih kurang macam ni,
'Kepada yang dah sedar aku unfollow dia, no need to be alarm.
Kita masih kawan di luar twitter.
Aku cuma tak suka nak tahu setiap perkara yang kau fikirkan.'

Aku terasa, tweet itu dituju kepada aku. Sh!t.

Dengan hati lara, aku telan walau pedih.
Bukan sebab isu kena unfollow dalam twitter sangat.
Cuma kesal sebab nampak sangat tali persahabatan yang dekat 15 terbina macam tiada makna.
Dia lagi suka follow artis yang suka retweet pujian dari follow kawan lama.
Dia lagi suka follow horoskop haram dari follow kawan lama.
Malahan, aku dengan dia bukan sekadar kenalan.
Dia sendiri pernah menjadikan aku tempat mengadu bila confession dia dekat kawan baik aku kena reject.
Kami ada sejarah yang panjang.

Dibaca dari sebab dia unfollow aku,
dia kata tak mahu tahu setiap apa yang aku fikirkan?
Bila masa pula aku tweet setiap masa?
Aku rasa, mungkin sebab aku terlebih lantang masa musim pilihanraya lepas,
di mana majoriti kawan-kawan aku dalam twitter tidak sejalan dengan aku.
Mereka lebih berhaluan kiri, sedangkan aku lebih fundamental.
Salahkah aku menyuarakan pendapat?
Bukankah orang lain juga bising melaungkan politik pada masa itu?
Aku ada silap cakap dengan dia ke?

Tak berhenti setakat itu,
sampai sekarang aku masih follow dia.
Gelii hati aku bercampur marah bila orang yang dia kata 'tak suka nak tahu setiap perkara yang difikirkan' itu terbalik kena pada dia.
Dia sekarang seolah-olah gila tweet.
Sampai tahap kucing jantan lalu depan rumah pun nak ditweetkan.
Sampai tahap mengeluh pun nak ada tweet 'sigh'.

Sekali lagi aku terangkan.
Aku tak panas punggung sebab kena unfollow.
Tapi aku sakit hati sebab manusia hipokrit macam ini.
Orang lain buat dihinanya, diri sendiri buat tak apa.

Aku pernah kata, persahabatan itu dua hala.
Kalau aku seorang yang anggap dia sebagai kawan, tak guna juga.




Jauh sudut hati aku,
aku bersyukur aku tidak menjadi orang tengah masa cinta kau ditolak kawan aku dulu.


Sunday, February 17, 2013

Teki.


Aku tak pasti sejak bila,
tapi yang aku pasti, sejak dari kecil lagi aku memang sukakan teka-teki.
Teka-teki seperti yang menduga akal.
Tak kira sama ada dalam kategori teka-teki bodoh,
ataupun yang sangat menduga akal,
aku sukakan semuanya.

Ya.
Ramai orang lain pun sukakan teka-teki.
Itu aku tak tolak.
Cuma aku rasa ramai yang sukakan teka-teki hanya kerana atas dasar ingin tahu.
Ingin tahu jawapan kepada teka-tkei tersebut.

Pada aku, secara peribadi,
perkara yang seronok tentang teka-teki adalah perjalanan kita dalam mencari jawapan.
Bagaimana kita terlalu merasakan mahu tahu jawapan secepat mungkin,
dan dalam masa sama kita berusaha agar jawapan itu datang dari diri kita sendiri,
bukan dari sumber lain, bukan dari mulut orang lain.
Dari kita sendiri.

Masa dalam tingkatan tiga,
suatu hari ada satu buku di atas meja aku dari seseorang yang rahsia.
Dalamnya, terdapat cabaran teka-teki dari dia.
Dia mencabar aku menjawab teka-teki dia dan juga berikan teka-teki aku untuk dia.
Disebabkan keghairahan tak mengetahui datang dari siapa,
aku turutkan segala kemahuan dia.

Cara kami bertukar buku ialah
setiap kali aku datang kelas, aku ternampak buku itu di atas meja aku.
Selepas itu, kalau aku sudah selesai,
aku hanya perlu tinggalkan buku itu di atas meja aku balik semasa tamat waktu kelas.

Proses pertukaran itu berlaku beberapa kali.
Aku seronok. Aku teruja.

Tapi yang lebih menyeronokkan aku ialah teka-teki yang besar,
iaitu mencari siapa dalang di sebalik buku tersebut.

Aku amati tulisan dia. Aku jadi kenal dengan tulisan itu.
Dan kemudian, setiap kali aku melibat buku kawan-kawan lain,
aku akan bandingkan tulisan mereka dengan yang ada dalam otak aku.

Juga, aku selitkan informasi yang hanya aku berikan dalam buku itu.
Kemudian, jika ada orang lain yang tahu informasi itu,
maka dialah dalang di sebalik buku itu.

Akhirnya, aku dapat jawapan.
Bukan seorang, tapi dua orang.
Budak perempuan.
Walaupun aku tak tahu apa niat mereka sebenar,
tapi aku pasti, mereka juga seronok.

Lalu aku bertanya dalam buku, apa niat mereka mewujudkan buku itu.
Tiada jawapan.
Malah, itulah kali terakhir aku bertemu buku itu.
Seperti soalan aku itu adalah kata kunci kepada permainan yang tamat.

Dan permainan itu memang tamat.

Sampai sekarang,
aku dibelenggu dengan teka-teki yang tiada jawapan.
Jawapan kepada niat sebenar mereka buat begitu.

Tapi aku seronok.
Kerana dalam perjalanan ke arah jawapan yang aku cari
aku terima banyak ilmu dan pengetahuan
dan menjadikan siapa aku sekarang.

Terima kasih, kamu berdua.


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...