Friday, March 21, 2014
Vorteks.
Syukur alhamdulillah...
Kalau ikutkan tabiat aku dari dulu sampai sekarang,
aku amat tak suka habiskan sesuatu kerja.
Kerja aku, sama ada tidak sempurna, ataupun tidak habis.
Macam dah jadi tabiat buruk yang lekat kuat dalam diri.
Tapi kali ini tidak.
Aku berjaya selesaikan cerita Vorteks.
Walaupun aku tak rasa pengakhirannya boleh dikategorikan hebat,
tapi aku tetap berpuas hati.
Seperti aku cakap di atas,
bukan selalu aku habiskan sesuatu kerja.
Menulis rupanya susah.
Walaupun aku ada idea yang hebat dalam kepala,
tapi bila aku nak terjemah idea itu ke bentuk penulisan,
ianya tak sehebat seperti yang ada dalam fikiran.
Itulah Vorteks.
Aku akui,
terlalu banyak cacat cela dalam hasil penulisan aku.
Juga terlalu banyak kelemahan yang nyata.
Kalau ada yang kalian sedar, aku tidak akan menafikannya.
Tapi pengalaman dua tahun mengarang cerita Vorteks bukanlah sia-sia.
Banyak aku belajar.
Tapi seperti mana ilmu yang lain,
lagi banyak belajar, lagi banyak rupanya yang kita tidak tahu.
Jadi,
proses pembelajaran adalah berpanjangan.
Infiniti.
Tiada titik noktah.
Aku sengaja jadikan Vorteks berakhir dengan dua kesudahan.
Walaupun aku panggil 'kesudahan',
tapi terlalu banyak persoalan yang timbul.
Persoalan itu boleh jadi potensi.
Potensi untuk siri sambungan.
Sequel. Atau prequel.
Memang dalam fikiran aku ada cerita sambungan.
Siapa suka cerita tergantung, kan?
Tapi,
jujur aku cakap.
Aku langsung tidak berniat nak tulis sambungan itu.
Paling tidak, bukan dalam masa sekarang.
Prioriti lebih aku tekankan ke aspek lain.
Dengan kata lain, biar aku belajar dulu.
Belajar menulis, belajar mencipta, belajar mereka.
Bila sampai tahap aku bersedia,
baru aku buat keputusan seterusnya.
Soalan yang kerap aku dapat ialah tentang membukukan Vorteks.
Walaupun ada niat, tapi aku sendiri sedar,
tidak mungkin Vorteks akan mendapat sambutan di pasaran.
Dengan lambakan buku yang lain,
Vorteks akan jadi penghias rak sahaja.
Adalah lebih bermaruah jika aku biarkan Vorteks eksklusif untuk blog sahaja.
Lagipun,
siapa mahu beli buku cerita yang lemah penulisan dan jalan ceritanya.
Kan?
Okey.
Aku sangat mengalu-alukan pendapat membina tentang Vorteks.
Kritikan sentiasa perlu untuk maju.
Jika ada pendapat,
salurkan ke saluran yang sesuai:
Message ke Facebook page Empire State of cEro untuk pandangan yang lebih peribadi dan panjang lebar.
Aku sentiasa respon kepada setiap message Facebook yang ada.
Jika mahu lebih santai dan ringkas,
mention aku di twitter @cerolian.
Jika ada urusan yang lebih rasmi,
emel ceroofcerolian[at]gmail[dot]com sentiasa ada.
Untuk kembali ke blog, klik sini.
Untuk membaca Vorteks, klik sini.
Untuk berinteraksi dengan aku, klik sini.
Sekian.
Terima kasih kerana terus menyokong.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment