Monday, October 20, 2014

Intipati.



Semua orang ada rahsia.

Tapi intipati sebenar sesebuah rahsia bukanlah terletak kepada siapa yang mengetahuinya.
Tapi terletak kepada siapa yang menghormatinya.

Orang yang menghormati rahsia, walaupun dia tahu isi rahsianya, tidak akan membongkar walaupun pemilik rahsia itu bukan (lagi) kawannya.
Kerana yang dihormatinya bukanlah pemilik, tapi rahsia itu sendiri.

Pada sesetengah orang,
mengorek rahsia seseorang yang lain seperti satu permainan teka-teki.
Kalau berjaya dibongkar, maka dia akan berasa puas dan puas hati.
Itu silapnya manusia.
Itu silapnya pemikiran.

Kau tahu rahsia aku sebab aku beri kepercayaan dan amanah yang cukup kuat dan besar kepada kau untuk menyimpannya, sekaligus menghormatinya.
Bukannya untuk kau gunakannya demi keseronokan sendiri.

Nama aku cEro.
Sudah tentu itu bukan nama aku sebenar.
Hanya beberapa orang sahaja tahu siapa aku, dan aku membiarkan mereka tahu hanya atas dasar 'percaya'.
Itu rahsia aku.
Itu rahsia kami.

Sebenarnya,
tak susah nak tahu siapa aku.
Dengan sedikit tekad, rajin dan keupayaan menaakul,
sesiapa sahaja boleh tahu siapa aku kerana aku sudah tinggalkan 'serbuk roti' untuk kau jejaki.
Aku mahu jadikannya rahsia aku.
Rahsia kita.

Namun,
itu tak bermakna selepas kau dapat tahu rahsia itu,
kau berhak untuk membongkarkannya
termasuklah membongkarnya kepada aku.

Kalau itu lumrahnya,
maka sudah banyak rahsia manusia yang boleh aku bongkar.

Ingat.
Rahsia patut dihormati.
Bukannya dikhianati.





.

1 comment:

  1. serius betol. btw, aku dah jumpa acc kau yang original, yang manusia punya. takpayah korek dalam pun hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...