Bila aku baca balik entri Kisah Aiskrim,
aku dapati daripada komen bahawa mereka yang membacanya melayan cerita tersebut seperti sebuah luahan perasaan seseorang.
Dan seseorang yang dianggap itu tentulah si pemilik blog.
Walaupun aku berani jamin bahawa cerita itu sepenuhnya fiksyen,
tapi rasanya sesebuah fiksyen adalah lebih dapat difahami intipatinya apabila disuntik sedikit realiti dan kebenaran ke dalam jalan ceritanya.
Seperti penipuan.
Kebanyakan penipuan terselit sedikit kebenaran.
Tapi itu bukanlah yang menarik minat aku untuk menulis di sini.
Apa yang menarik minat aku adalah majoriti yang tinggalkan komen ada menyebut,
"Aiskrim bukan satu perisa sahaja. Banyak lagi perisa lain di luar sana.."
Yup,
I got the point there.
Tapi itu mengingatkan aku kepada perbualan aku dengan seorang kawan suatu masa tidak lama lalu.
"Bro, soal jodoh ni jangan memilih."
Itu kata-kata dia yang buatkan aku terdiam beberapa saat.
Sudah tentu aku kena memilih dalam soal jodoh.
Bakal isteri aku yang aku pilih itu bakal menjadi peneman hidup aku sehingga ke akhir hayat dan seterusnya insyaAllah ke syurga Allah.
Bakal isteri aku yang aku pilih itu bakal menjadi ibu kepada anak-anak aku yang merupakan penerus zuriat aku di muka bumi ini.
Bakal isteri aku yang aku pilih itu perlu mengurus segala baik buruk aku, makan minum aku, jaga pakai aku, sakit tidur aku, zahir batin aku dan macam-macam lagi.
Sudah tentu aku mahu memilih bakal isteri yang terbaik.
Jadi bila dikata 'jangan memilih'
ianya seolah-olah kalau satu hari si isteri itu bukanlah yang terbaik, maka aku boleh buang dan cari yang baru.
Bukankah itu zalim namanya?
Sebut tentang zalim,
dalam Kisah Aiskrim itu, si Aiskrim Vanila menolak si Aiskrim Coklat kerana hatinya masih mengingati si Aiskrim Strawberi.
Apa yang para pembaca nampak cuma 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran'.
Tapi,
pada hemat aku pula,
si Aiskrim Vanila sedang melakukan sesuatu yang tepat.
Jika si Aiskrim Vanila menerima si Aiskrim Coklat di saat dia masih mengingati si Aiskrim Strawberi, bukankah si Aiskrim Vanila seperti sudah bertindak zalim terhadap si Aiskrim Coklat?
It will be not pure love.
Itu namanya rebound.
REBOUND.
Mengisi kekosongan di jiwa dengan mengambil sesiapa sahaja yang ada pada ketika itu.
Bukankah itu zalim?
Bukankah itu namanya menganiaya si Aiskrim Coklat.
Bak kata orang,
'Time heals all wounds'
Bukankah selepas satu waktu bandul berhayun
si Aiskrim Vanila berkeputusan untuk move forward?
Cuma tindakannya untuk bermula dengan mencari semula si Aiskrim Coklat dikira terlambat.
Namun, si Aiskrim Vanila masih dapat kekalkan komposisi dan terus tersenyum.
Pada aku,
itu adalah jalan terbaik yang mampu si Aiskrim Vanila lakukan.
Bagi yang tidak pernah rasa,
luka di hati mengambil masa untuk pulih semula.
Dan sesetengah luka akan meninggalkan parut.
Dan sesetengah parut akan kekal selamanya.
Dan bagi metafora penggunaan aiskrim sebagai watak,
aku rasa ianya sangat sesuai.
Walaupun kita tahu adanya aiskrim perisa strawberi, perisa coklat, perisa lemon di luar sana, tapi rasanya aiskrim perisa vanila sepenuhnya tiada.
Perisa vanila selalunya datang bersama perisa lain;
contohnya coklat dan vanila, lime dan vanila, strawberi dan vanila.
Aiskrim vanila sepenuhnya memang tiada.
Dan (hanya sebagai info) vanila adalah herba kedua termahal di dunia selepas safron.
Bukan aku mahu katakan bahawa si Aiskrim Vanila itu rare,
tapi aku mahu tekankan bahawa sebagai Vanila sendirian, dia adalah useless.
Tapi sebagai teman, vanila mampu menaikkan rasa perisa lain,
termasuklah strawberi, coklat, lime dan lain-lain.
Seperti angka kosong.
Berdiri angka kosong sendiri tiada nilai.
Tapi apabila angka kosong berada di belakang angka satu, nilai angka satu melonjak sepuluh kali ganda.
Jadi, yes.
Vanila adalah angka kosong.
.
Vanilla memang sedap la weh. tu pasal orang selalu letak dalam kek. nak naikkan rasa kek tu berserta bau. Jadi, vanilla bukanlah useless. Even vanilla tanpa campuran apa apa, baunya pun dah terbaik.
ReplyDelete[+] Oh, maaflah kalau aku asyik menangkan vanilla. aku memang penggemar vanilla. hatta pewangi kereta pun aku pilih vanilla. :p cerr ko letak eskem perisa lemon ke, haaa..mungkin lain komen aku. kakakaka
...nasib baik aku komen aku suka ais kacang dalam entri tu, hihihi ;3
ReplyDelete