Saturday, September 26, 2015

Beberapa.





Ini entri meroyan.
Aku nasihatkan siapa yang sedang membaca ini supaya berhenti...
...and walk away. Just walk away.

You have been warned.


So here's the thing.
Aku terasa dengan beberapa orang pembaca blog cerolian.
Terasa sebab satu perkara bodoh...
..ya aku sedar bodoh, but still terasa ia sangat mendalam.

Look.
Aku mudah.
Kau selalu datang blog aku dan tinggalkan komen,
aku pun akan balas dengan selalu datang ke blog kau tinggalkan komen.
Kau tak datang, aku tak datang.
Simple.

Jadi bila dulu kau selalu datang blog aku dan komen,
aku pun datang ke blog kau dan komen.
After a while kita saling kenal melalui blog dan media sosial
dan mula rapat (i guess?)
aku rasa macam tak perlu tunggu kau datang blog aku dan komen,
jadi aku terus je datang blog kau dan komen.

Belakangan ni aku perasan kau dah tak datang blog aku.
Fikiran positif aku kata kau sibuk.
Kau sibuk. Kau sibuk.

It's okay....
...but it's not.

Bila aku singgah blog orang lain, kau ada di sana.
Kau datang dan komen blog dia.
Tapi kenapa kau tak datang dan komen blog aku?
Kau sibuk untuk blog aku je ke?

Tiap hari rabu aku update,
macam dah berminggu-minggu rabu kau tak datang.
Tapi kenapa blog orang lain kau boleh ada? Boleh datang?

Kenapa?
Kenapa?

I thought we have a connection virtually, an understanding, an unspoken rule.
But fu*k it,
aku bertepuk sebelah tangan rupanya....

"Baru kusedari, cintaku bertepuk sebelah tangan..."
Cuma dalam hal ni bukan cinta, sekadar kenalan.

Atau aku mungkin sekadar rama-rama yang terbang dan menghinggap,
dilayan seketika dilupakan selepasnya?

Oh, dan aku rasa aku ada tulis perkataan 'beberapa' kan di atas?

Aku sedar ini hal kecil dan bodoh...
...mungkin sebab aku mengharapkan sesuatu balasan
tu yang sensitif sikit tu bila tidak seperti yang diharapkan.

Hm...
Aku dah kata jangan baca, kalian baca juga.
Padan muka.




.

6 comments:

  1. Ini blog ko, ko nak meroyan ke apa, teruskan je.

    Tapi betullah ko kata tu, kita buat sesuatu, tak boleh harapkan balasan. Kita kata je takmo balasan, tapi hakikatnya kita sendiri tahu, bukan? Aku pun camtu. Tu pasal bila berkawan, aku suka sedapkan hati sendiri dengan sentiasa optimis. Walaupun optimis tu bukanlah ubat berkesan pun.

    cliche, tapi itulah kehidupan - teruskan bersabar. ramai lagi kawan yang nak berkawan dengan ko. so, buat apa sakit hati untuk orang lain yang tak perasan pun kehadiran kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tapi entahlah...
      Kadang2 aku sangat tak suka mengharap sbb nanti selalunya akan berakhir dgn perasaan yg tak best.

      Delete
    2. Berharap tu boleh, tapi kena bersedia dengan pro n cons. Baru baru ni aku pun jatuh kerana terlalu berharap. Sakit woo. Tapi ye la, hidup kena terus. Positif. Pergi meninggal segala rasa tak best tu.

      Jom buat benda yang kita suka. Itu melegakan.

      Nak burger? Nah! *hulurburgerkawenspecial*

      :p

      Delete
    3. Jahatnya kau umpan aku dengan burger :(
      Kolesterol tu...kolesterol!
      Hahahaha

      Delete
    4. haha..haritu aku rasa burger bakar kambeng zizan dekat seksyen7. not bad. :p

      Delete
  2. lepas baca entri ni...buat aku fikir tentang perasaan blogger lain...
    hurm...dan banyak lagi yg aku fikir...
    takut jugak kalau ada yang terasa tanpa kita sedarkan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...