Thursday, October 15, 2015

ココロ


Salam.

Walaupun aku gelar diri sendiri sebagai peminat manga dan anime,
tapi bukan semua anime aku layan dan tengok.
Biasanya aku akan pastikan anime tersebut habis satu musim dahulu
barulah aku layan back-to-back sampai lunyai.

Dengan kata lain,
anime yang aku sedang layan bukanlah yang terkini.

Baru-baru ini aku layan anime dari tahun 2012 bertajuk
ココロコネクト (Kokoro Connect)

Berada di bawah genre 'Slice of Life' dan 'School',
aku expect anime ini macam tipikal anime biasa yang berlatarbelakangkan suasana sekolah menengah yang biasa.
Tapi aku terlepas pandang satu lagi genre dia, 'supernatural'.

Kisahnya berkisarkan tentang 5 sahabat dari Kelab Kajian Kebudayaan yang masing-masing mempunyai isu dan perwatakan tersendiri. Seorang bersifat sambil lewa dan selalu cakap lepas apa yang dirasakan, seorang ada isu dengan lelaki akibat pengalaman silam, seorang mempunyai trust issue sehingga menyembunyikan perasaan sebenar, seorang sedang mencari diri sendiri dan seorang lagi mempunyai superhero complex; suka menyelesaikan masalah orang lain.

Mereka berlima terpaksa berhadapan dengan kuasa ghaib luar yang mampu mengawal apa sahaja atas alasan 'untuk berseronok' yang mengganggu kehidupan hanya mereka berlima. Namun kerana kuasa persahabatan, mereka mampu menempuh segala cabaran walaupun dugaannya bukan semudah yang mereka sangka.

Kenapa aku berminat nak bercerita tentang anime ini?

Salah satu daripada mereka berlima memberi kesan kepada aku.
Cuba teka yang mana satu?




Ya. Tepat sekali.
Yang sedang mencari diri sendiri.

Entahlah.
Aku jarang terkesan dengan anime (mungkin sebab sudah selalu tonton)
tapi kali ini, ココロコネクト sangat memberi kesan kepada aku.

Kalian tahu tak betapa susahnya setelah sekian lama kalian berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk orang sekeliling dan akhirnya bila kalian sedar, kalian sudah tidak tahu mana satu adalah diri kalian yang sebenar, mana satu jati diri yang sebenar?

Hanya yang pernah laluinya sahaja tahu rasanya.

Berapa banyak kisah silam yang kalian rasa
"Eh, aku patut buat begini..."
"If only I did it like this back then..."
"Ini satu kesilapan, aku harap boleh undur masa dan ubah..."
dan akhirnya menjadi satu sesalan yang kita bawa ke masa depan.

Tapi yang sangat terkesan kepada aku ialah
anime ini menekankan bahawa tidak kira apa kesalahan, kesilapan dan keputusan yang kita buat dan sesali di masa silam, itulah yang menjadikan kita pada hari ini.
Dengan kata lain, tanpa masa silam sebegitu
kita tak akan jadi sebegini,
tidak kira hasilnya baik aku sebaliknya.

Kita adalah produk kepada diri kita yang lepas.


Secara peribadi,
apa yang aku perlu lakukan adalah terus maju untuk menjadi yang lebih baik.
Bukannya menjadi yang lain dari diri sendiri
tapi menjadi aku yang lebih baik.

Ianya sesuatu yang sering kali aku tekankan tidak kira dalam blog cErolian, dalam twitter mahupun dalam Buku KAMI!,
tapi seperti yang aku cakap (tulis) tadi,
hanya orang yang pernah melaluinya sahaja faham perasaannya bagaimana.

Jarang anime memberi kesan kepada aku,
tapi kali ini, aku sangat bertuah kerana aku tonton anime ini tepat pada masa aku sedang mencari diri sendiri.

Cuma bezanya aku hadapi seorang diri
berbeza dengan watak dalam anime ini yang menghadapinya berlima.

Good luck, cEro pada masa depan! You can do it!








.

7 comments:

  1. Bestlah ada internet unlimited. Ini, harapkan internet 2gb je sebulan nk layan anime pebendanyaaa, huhuhu

    *Takde kena mengena.

    Em, sbb nk jd diri sendiri saya xnak komen pape. Hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la..aku punya internet 3gb je sebulan...x dpt la aku nk layan anime Untung la kau cEro internet unlimited...hahaha.

      *nak jugak komen xde kena -mengena

      Delete
    2. Kenapa aku tak tahu limit internet aku berapa?
      Aku yakin bukan unlimited, tapi macam aku tak pernah kisah pun aku pakai berapa...
      Ntah2 selama ni aku pakai lebih-lebihan sangat kot...hahaha

      Delete
  2. "Bila kita fokus untuk mencari identiti, selalunya kita akan hilang kepercayaan dalam diri, dan buat kita takut untuk berubah...tapi sekali kita dah capai seperti apa yang kita mahu, kita akan terkejut dengan perubahan sendiri..."

    iyap, hanya yang alami memahami...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi,
      tiap2 hari kena ingatkan diri sendiri tentang siapa diri kita.
      Tiap2 hari aku fikir nak putus asa, tapi sebab tiap2 hari fikir laa aku tak boleh putus asa.
      Kan?

      Delete
  3. Aku pun rasa aku org yg tgh mencari diri sendiri tu jugak...memang la rasa mcm " kalau la aku buat macam tu dulu..."

    Tp bila fikir balik ada jugak benda yg baik berlaku disebabkan aku x buat "macam tu"... dulu. Ada baik buruknya semua benda yg berlaku. Mcm kau ckap la...semua tu yg menjadikan aku ni mcm skrg dan aku still happy dgn diri aku skrg.

    So, x boleh nk fikir kalau2 dah..kalau kita sedar skrg apa yg patut kita improve, focus improve yg tu dulu..aku try gak ni improve mana yg patut..selagi mampu aku cuba la...

    Nak ubah benda yg dh lepas pun, bukan boleh balik ke masa silam pun, unless miracle happen dan kau berjaya cipta mesin masa..haha..

    Semoga kau berjaya berubah ke arah yg lebih baik yg kau inginkan n doakan aku sekali..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu silap orang sebenarnya.
      Bila aku cakap aku nak buat mesin masa, yang aku maksudkan bukannya nak ubah sejarah tapi more like nak relive balik apa yang aku pernah lalui, or mungkin apa yang pernah orang lain lalui.
      Aku tak berminat nak ubah apa-apa walaupun sangat banyak sesalan masa lepas yang aku buat.
      Sebab macam yang aku kata,
      kita adalah produk kepada diri kita yang lepas :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...