Saturday, July 25, 2015

Kebencian.





Aku menggalakkan kalian tak baca entri ini.


Bercerita tentang twitter aku, @cerolian.

Aku tidak follow orang sebarangan.
Kebanyakan yang aku follow adalah sama ada dia selalu singgah dekat blog aku ataupun aku kenal dia di bawah kapasiti 'cEro'.
Tapi ada juga beberapa profile yang aku follow atas sebab-sebab tertentu.

Semalam aku follow seorang perempuan ni, twitfemes.
Melihat follower seramai 18.3K menarik minat aku untuk selidik apa yang menariknya dia ni.
Bila skrol timeline, aku rasa yang utama sebab orang follow dia ialah dia ni lawa.
Jadi aku follow dia.
Tapi aku follow dia atas sebab kedua, tweet dia cool.
Pandangan pertama aku, dia perempuan yang cool.
Susah nak jumpa perempuan yang cool pada zaman kebanyakan perempuan nak ayu putih manja macam sekarang ni.

Aku follow dia.
Tapi tak sampai sehari aku follow,
dia buka tentang hal rogol, lelaki dan mangsa.
It's okay since dia ada follower ramai,
so nak spread awareness amatlah dialu-alukan....
Pada awalnya dia bincangkan tentang 'victim blaming',
di mana mangsa rogol dipersalahkan atas jenayah rogol.
Alaa...macam pakai seksi, ketat, gedik, terlebih berani dan sebagainya...

...hinggalah dia tweet sesuatu seperti ini:

"Imagine being a woman.. constantly living in fear of getting raped.. And when we do get raped.. We are the one who get blamed.."


Since dekat atas bumi Allah ini hanya ada dua jantina; lelaki dan perempuan,
bila dia kata 'being a woman...living in fear', dia indirectly blaming men.

Start dari tweet itu,
aku sedar follower dia (kebanyakan yang perempuan) terus buka cerita masing-masing.
Contohnya;

"...one time this guard dekat emerald licked his lips and ckp nonsense to me and my friend. We were like 11 time tu."

"...And the way man looks at us... Serious takut... Dok dgn mak pun dok tgk kita atas bawah.. Seriously."

"...i know someone. Kisah dia sedih gila. Dia and 2 adik dia kena rape dengan her stepfather. I nak cerita pun tak sanggup."


Girls power.
Semua perempuan yang ada pengalaman sama ada first hand or second,
semua bongkar cerita masing-masing.
Tapi pointnya sama, PEREMPUAN TAKUT HIDUP KERANA LELAKI.

Si twitfemes ni pun tambah lauk...

"This constant fear we are living in.. Laki tak faham.. Tak akan faham."


Makin ramailah follower dia (perempuan, dan ada beberapa lelaki nampak baru lepas habis sekolah kot) sokong pandangan dia. Makin ramai yang berkongsi pandangan dan cerita.


Let me be clear,
aku tak ada masalah dengan isu yang dia bangkit.
Yang aku ada masalah ialah dengan sikap 'generalization' dia.
Dia cakap MAN, MEN, MALE, HE, HIS, HIM, LELAKI, LAKI.

Dan ada seorang lelaki cuba menongkah arus dengan berkata bukan semua lelaki macam tu.
Si twitfemes ini menekankan:

"Yes... not all men are like that but lets talk about men WHO ARE LKE THAT."


Okay, point taken.
Apa kata lepas ni spesifikkan lagi penyataan itu.

Kemudian,
bila ada lelaki sentuh pasal 'gender war', ini reply macam ni:

"...they love making it into a gender war padahal its not... benda pasal rape victims and rapists kot...... "

masalahnya siapa yang mulakan dulu letak salah ke atas lelaki?


Ada lagi lelaki cuba pertahan diri, dia reply begini:

"..i am specifically talking abou MEN WHO RAPE. You're a man but you're not a rapist (i hope not) so why marah........."


DAFUQ?
Clearly awak guna MAN, MEN, MALE, HE, HIS, HIM, LELAKI, LAKI,
pastu sentap bila orang tegur pasal generalization.
Orang dah tegur, cubalah ubah.
Apakah?

Secara peribadi,
aku rasa ini clearly dah keluar dari landasan.
Kalau niat dari awal lagi nak RAISE AWARENESS,
kenapa nak kena retweet semua cerita-cerita maki dan hina yang follower dia share tu?
Apa fungsi pergi tabur baja pada tweet kebencian macam tu?

Kalau betul nak RAISE AWARENESS,
patut dilebihkan tweet tentang preventive measures.
Kongsikan apa yang patut (dan tak patut) perempuan lakukan.
Beritahu apa tindakan bila berhadapan dengan situasi tertentu.
RT mana-mana tweet yang BERMANFAAT,

bukannya sibuk bercerita apa yang rapist tu dah buat.

Lagi satu,
kalau dia maksudkan MAN, MEN, MALE, HE, HIS, HIM, LELAKI, LAKI yang dia taip tu ialah RAPIST, kenapa pergi petik cerita pasal raba apa semua tu?

Ini yang aku kata generalization.
Biar aku beri contohnya macam ni;

Aku mula-mula kata "PEREMPUAN KULIT CERAH ITU SOMBONG!"
Para lelaki (kebanyakannya) setuju dan share cerita masing-masing.
Ada yang kena jeling hanya sebab berkongsi senyuman ikhlas.
Ada pula perempuan yang lari sebelum lelaki tu sempat menegur untuk bertanyakan arah jalan.
Ada yang kena sembur pepper spray di parking lot kekonon kena tuduh ikut belakang padahal lelaki tu parking dekat sebelah kereta perempuan tu.

Lepas tu ada perempuan pula cakap,
"BUKAN SEMUA PEREMPUAN KULIT CERAH TU SOMBONG LAAA."
Lepas tu aku sentap dan kata
"i am specifically talking about PEREMPUAN YANG SOMBONG. You're a PEREMPUAN but you're not SOMBONG (i hope not) so why marah........."

Nampak tak contoh yang aku bagi tu?
Nampak tak?
Nampak tak macam mana generalization boleh menyemai kebencian?


Sudahlah pepaduan sesama kaum dekat negara kita ni semakin rapuh.
Dengan berbeza pandangan politik lagi...
Dengan pergaduhan agama lagi...
Nak ditambah lagi dengan kebencian terhadap jantina lain?

Yang benci sangat dekat lelaki ni,
abah awak tu bukan lelaki ke?

Inilah jenis perempuan yang aku cukup tak suka.
Baru dapat kuasa sikit (in term of 18.3K follower) dah rasa apa yang dia cakap tu betul semuanya.
Dah rasa semua orang perlu setuju dengan pendapat dia.



Kepada si twitfemes tu,
kalaulah awak ada baca entri ni (KALAULAH...)
cuba skrol balik tweet-tweet awak tu dan baca dari mula.
Mana satu yang betul-betul nak RAISE AWARENESS dan mana satu ada berbaur kebencian.
Awak ada kuasa nak sebarkan kesedaran kepada ramai follower awak.
Tapi kenapa awak pilih untuk sebarkan kebencian.

Awak baru kena stalk, kena ikut dengan beberapa lelaki,
kenapa semua lelaki atas bumi ni perlu dipertanggungjawabkan?
Kenapa buat generalization?

Dan awak jangan rasa hanya perempuan yang ada masalah macam tu.
Lelaki pun ada juga masalah kami.

"Imagine being a man.. constantly living to see disgust and contempt in women's eye.. And when someone get raped, we all are who get blamed.."


Yang ironinya,
awak punya pinned tweet tertulis begini:

"hating takes a lot of energy and hatred takes a lot of space in ur heart but i guess some ppl have a greater capacity to hate than others.."

Dah lupa apa yang awak tweet pada 11 Jun 2015?
Ke awak hanya tweet berharapkan RT beratus-ratus?

Tapi bila fikir balik...
siapalah aku nak bagi teguran.






Aku?
Aku minta maaf kalau ada yang tidak bersetuju dan terasa.
Let's agree to disagree, dan senyum selepas ini.
Hidup aku dah penuh dengan perkara negatif.
Aku tak mahu perempuan cantik macam dia jadi sebahagian dari sebelah negatif hidup aku.

Maka aku pun decide untuk unfollow dia.





.

6 comments:

  1. Hahahaha saya dari dulu tak suka follow tweetfemes perempuan. Bukan sbb sy pun perempuan, tp sebab tweet mereka berbaur emosi dan perasan disertakan dgn rasa secured dgn bilangan followers ribu riban.

    Saya pernah dikecam teruk oleh sorg twitfemes ni, biar saya tulis terus kat sini nama dia @azrarahman aka bini ronaldo. Entah ronaldo tau ke tak dia ada bini kat malaysia ni entahlah.

    Ada satu hari dia curate twt_cinta. Tulis fasal sweetnya cinta ala drama2 petang yg langsung tak jejak tanah, yg lg mengarut dari cerita tanah kubur.

    Lalu sy tegur, byk pengaruh drama ni..
    Lepstu tweet sy di quotekan. Sy dituduh perempuan belen, pernah kena main dgn lelaki lepastu kena tggl. Bodoh bebal dsb.

    Dan khadam pengikut dia semua bash sy dgn kutukan dan kejian yg sama, sy dikata bodoh. Hahahah sy tak balas, sbb sy terlalu cerdik utk melayan org bodoh.

    Lepastu sekrg bila ternampak org RT tweet bini ronaldo tu mengenai kebaikan sy akan tersenyum sinis.

    Hipokrit tahap tuhan twitter yg disembah khadam pengikut. Harap pengikut tu semua boleh backup dia di akhirat jugak.
    Ha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Sedikit kesal sbb dia ada kuasa utk pengaruhi orang ke arah kebaikan dan dia pilih utk semai kebencian.

      Harapannya awak tak laa simpan dendam dgn dia. Mungkin dia kurang kasih sayang kot...or tak sedar dunia realiti tak seindah drama tv waktu maghrib tu...

      Twitter dah jadi tempat saya kehilangan banyak harapan ke atas kemanusiaan.

      Betul kata Oscar Wilde
      "Man is least himself when he talks in his own person.
      Give him a mask and he will tell you the truth."
      Dalam case twetfemes ni, twitter is her mask.

      Delete
  2. Mujur aku xde tweet..n xrasa lagi keperluan utk ada tweet..

    Btw cero..lama aku xgn pc bc blog..gn hp je..tapi xberapa mahir lagi nak komen..ketinggallan zaman tul..err..xde lagi ke projek nak wat komik dgn mana2 pelukis..nak lunyai dah komik kami kat rumah ni..
    akuein

    ReplyDelete
    Replies
    1. @akuein
      Kalau kau tak ada twitter, aku cadangkan jangan bagi ada.
      Hidup lagi aman bila kebencian berjaya kau jauhkan.

      Kalau guna hp, selalunya bila komen kau kena sign-in dulu google ID baru boleh komen dengan lancar. Masalah jadi bila kau taip komen dulu then baru sign-in, komen yg kau taip panjang berjela tadi akan hilang. Satu cara ialah kau copy dulu komen kau sebelum tekan publish. Cara paling mudah ialah baca blog guna PC. Hehehe

      InsyaAllah dlm usaha nak terbit beberapa lagi projek komik.
      Kalau komik solo dr aku, lambat lagi kot...hehehehe

      Delete
  3. Salah satu sebab aku dah kurang bertweet macam dulu ialah, sifat assobiyah di dalam dunia Twitter. dan Tweetfamous entah apa.

    Aku tweet sekali sekala... dan aku tak pernah nak ambil tahu pun berapa followers aku.. koh koh koh

    Kalau dia baca ko punya entri ni bro, adakah beliau akan memikirkan apa yang kau cuba sampaikan? Dia tweetfamous kot...

    koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Ramai sangat dah twitfemes yg semakin lupa diri, tenggelam dlm follower yg beribu tu...

      Dan aku tak rasa dia akan baca entri ni, almaklumlah twitfemes. Kena laa update tweet setiap 2 minit dan RT tweet2 pujian.
      Mana nak ada masa baca blog picisan camni. Hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...