Sunday, September 6, 2015

Reset.






"You are never too old to set another goal or to dream a new dream."
                                                                                           - C.S. Lewis


Aku dikenali (oleh orang sekeliling aku) sebagai orang yang tiada cita-cita.
Aku tidak kisah. Serius, tidak kisah.
Kerana aku tahu ianya betul.
Aku tidak pernah ada cita-cita.
Seorang kawan aku yang dari umur kecil lagi dia sudah umumkan kepada semua bahawa dia mahu menjadi doktor gigi, dan alhamdulillah, dia berjaya jadi doktor gigi sekarang ini.
Aku pula?
Tiada.

Umpama selipar dihanyut arus banjir.

Or at least itu apa yang orang fikir.

Aku pernah ada cita-cita.
Pada awal usia 16 tahun, aku ada buat keputusan untuk menjadi sesuatu.
Dan itulah yang menentukan aliran aku.

Namun,
pada usia 18 tahun,
aku telah lakukan sesuatu keputusan yang menjadikan cita-cita aku itu mustahil.
A point of no return.
Aku tersalah langkah.
Aku tersilap pilih keputusan.
Aku gagal untuk tetap pendirian.

Maka,
aku menyimpang dari perjalanan impian aku.
Di kala rakan sebaya aku sudah mencapai cita-cita,
ataupun ada yang sedang dalam perjalanan yang tepat,
aku masih di takut lama.

Aku kembali menjadi selipar yang hanyut dibawa arus.

Tiba-tiba aku ternampak seseorang berkongsi quote C.S. Lewis di atas.

Kata C.S Lewis,
kita tak pernah terlalu tua untuk tetapkan matlamat baru atau kejar impian baru.

Tapi itu kata C.S. Lewis.
Dia sudah berjaya, kaya, dikenali ramai.
Dia sudah ada Narnia.
Dengan kata lain, dia layak berkata begitu.
Orang sudah berjaya memang mampu untuk tetapkan matlamat lain, mampu kejar impian lain.

Tapi aku?

Satu cita-cita pun aku tersasar,
layakkah aku mencari impian lain?


Tiba-tiba realiti menjelma.
Siapa kata cita-cita aku itu mustahil?
Itu cuma alasan aku, seorang yang sudah salah buat pilihan.
Aku masih boleh mengejar cita-cita awal aku.
Walaupun samar-samar, tapi ianya tidak mustahil.
Tiada apa yang mustahil.

Walaupun aku tersasar di titik yang tiada patah balik,
tapi aku masih boleh kejar destinasi aku mengikut cara lain.

Lima tambah dua sama dengan tujuh.
Begitu juga enam tambah satu,
empat tambah tiga,
lapan tolak satu.

Terdapat banyak jalan lain untuk mendapatkan keputusan yang sama.
Aku mungkin terlencong, tapi aku masih boleh ikut jalan jauh.

Buat masa kini,
cita-cita aku memerlukan dua perkara pokok;
Pertama, peluang.
Kedua, wang.

Peluang bukan dalam kawalan aku.
Tapi bila ada peluang, aku kena bersedia.

Namun, wang memang peranan utama.
Buat masa sekarang, aku tiada yang secukupnya.
Tapi dengan usaha, aku rasa aku mampu menempuhinya.

Malangnya, masa semakin suntuk.
Aku tidak sentiasa muda.

Harap aku sempat menggapainya.

Sekarang,
kalau ada yang beri pilihan sama ada dihadiahkan sebuah rumah agam besar atau sejumlah wang yang sama nilai, aku akan pilih wang. Wang itu akan aku buat modal sambung belajar supaya aku dapat kejar cita-cita aku.

Cita-cita yang lama aku pendamkan.
Cita-cita yang lama aku tinggalkan.

Kalau hidup ini satu permainan,
malangnya permainan ini tiada butang reset.
Jadi,
aku akan buat butang reset aku sendiri.




"Life is a game. Play it.
Life is too precious. Don't destroy it."
                                - Mother Teresa.




.

2 comments:

  1. semoga cita-cita awk dapat kembali tercapai.
    yup, belum terlambat utk berjaya (ayat cliche)
    huhuhu go cEro go!

    ReplyDelete
  2. Boleh je weh, inshaAllah. Mahu aku ceritakan dekat ko, tentang seorang kawan?

    Seorang kawan lelaki, berhenti kerja setelah cukup beberapa ribu untuk dia sambung belajar di luar negara. Duit yang hanya cukup untuk bayar yuran semester pertama dan hidup untuk beberapa bulan (atau minggu mungkin?). Sampai obersi, dia terus berusaha cari kerja sambil belajar. Matlamat utama dia haruslah belajar - memang dia dah dapat tempat di uni tu, setel segala yuran, baru dia cari kerja. Umur dia? baya baya kita je.

    sekarang dah hampir 2tahun dia hidup kat sana. berbekalkan hanya beberapa ribu pada awalnya, dia usaha cari kerja untuk hidup dan bayaran yuran belajar.

    Aku kenal dia dari mula dia bercita cita mahu ke sana. Dan aku hampir nampak kejayaan yang dia bakal tempuh.

    Aku yakin, ko pun boleh. Lelaki lagi mudah. Campak mana pun senang hidup. inshaAllah.

    *pegangpompom*

    Caiyok! ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...