Sunday, October 18, 2015

Sarkastik.


Salam.

Baiklah.
Sebelum aku mula membebel panjang
biar aku jelaskan di sini bahawa ini bukannya sesi berdebat kerana debat selalunya akan berakhir dengan siapa salah siapa betul.
Ini sekadar aku suarakan pendapat.
Feel free to agree or disagree.
Tiada salah tiada betul dalam soal yang bakal aku tekankan ini.

Mula sekali,
lihat dan baca gambar di bawah:



Bagi yang perasan,
aku ada tweet gambar ni sabtu lepas (17 Oktober 2015).





So here's the thing.
Kita faham ini salah satu usaha dakwah untuk memanggil orang ramai untuk datang mengimarahkan masjid yang tidak dinafikan semakin kosong sekarang ni.
Aku terima ia sebagai satu usaha,
tapi yang aku persoalkan sekarang
adakah usaha ini tepat?

"Kreatif memang kreatif,
tapi jujurnya ada tak lelaki yg lepas baca ni terus pegi masjid tiap2 hari?"

Pada aku (secara peribadi)
banner ni lebih ke arah sindiran dan sarkastik.
Dan kalau kalian kenal aku,
kalian tahu pendapat aku tentang sarkastik, kan?

Sarkastik tidak pernah sesuai digunakan untuk menyeru kebaikan.


Bayangkan diri kita seorang yang jarang sangat ke masjid.
Bila baca banner ni, apa perasaan kita?
Adakah terasa dan lepas itu terniat nak ke masjid selalu?
Ataupun sekadar terasa dan 5 minit kemudian dilupakan?
Atau tak terasa langsung, sekadar ketawa, snap gambar dan share dalam media sosial tanpa tindakan susulan?


Bayangkan pula yang baca ini seorang ibu
yang pernah satu ketika dulu kehilangan anak tersayang.
Mungkin diculik, mungkin dilarikan atau mungkin kematian.
Perasaan melihat statement utama banner yang memohon bantuan kes kehilangan
sekaligus mengingatkan kembali perasaan sendiri suatu ketika dulu merasakan kehilangan juga.

Tapi rupanya bila baca hingga habis
hanya sekadar promosi masjid.


Bayangkan sekali lagi kalau yang baca ini bukan muslim.
Bila lalu di tepi jalan ternampak banner meminta pertolongan kes hilang
dengan semangatnya berhenti dan baca,
mana tahu sebagai seorang yang prihatin mahu membantu kalau-kalau terjumpa,
atau paling kurang boleh tolong viralkan dalam laman media sosial.

Rupanya....?


Apa sebenarnya niat pembuat banner tersebut?
Menggunakan isu sensitif seperti ini di kala berturut-turut kejadian anak diculik, orang sesat, orang hilang dan mati pada aku (secara peribadi) sedikit tidak tepat.
Untuk suka-suka?
Ingat lagi dulu seorang artis buat lawak ultraman ketika Jepun dilanda tsunami atas alasan sekadar suka-suka?



Ya.
Kita tak tahu hati orang lain.
Mana tahu ada yang dapat hidayah bila baca banner ni
seterusnya berusaha dan istiqamah pergi ke masjid setiap waktu solat.
Kalau ada, ALHAMDULILLAH.
Syukur.
Orang berubah bererti kemenangan kepada agama
walaupun hanya seorang.

Tapi sekali lagi aku tanya,
adakah cara sarkastik itu tepat?
Adakah usaha ini tepat?

Banyak cara boleh dilakukan untuk meramaikan umat di masjid.
Apa yang perlu ahli jawatankuasa masjid lakukan
hanyalah berfikiran sedikit terbuka dan jangan terlalu ikutkan norma.

Dan berfikiran terbuka bukan ikut cara orang sekarang dengan menggunakan sarkastik dan sindiran.

Apa salahnya jalankan pertandingan futsal di perkarangan masjid setiap hujung minggu?

Apa salahnya sebulan sekali buat peraduan melukis atau mewarna supaya kanak-kanak yang datang dapat semai dalam diri bahawa masjid bukan sekadar tempat beribadah semata-mata?

Tiada peruntukan?
Mana pergi duit tabung derma harian dan hari jumaat yang tiap-tiap minggu ditulis jumlah kutipannya di papan kenyataan masjid?
Nak kata buat bayar imam dan bilal,
tak silap aku imam dan bilal dapat elaun sendiri dari jabatan agama negeri masing-masing.
Nak kata duit itu buat baik pulih masih, kipas angin dekat tingkat dua masjid dari tahun 2008 lagi tak tahu ke mana bilahnya...


Pada aku (secara peribadi, sekali lagi)
inilah masalah dengan institusi masjid kita.
Tidak terbuka dan berfikiran sempit.
Menolak pembaharuan menggunakan dalil bahawa Islam sudah merangkumi segala, zamani dan makani.

Yes. Masjid tempat beribadah.
Tapi ibadah bukan sekadar solat.
Ibadah itu cukup luas.
Even duduk diam sekalipun kalau kena caranya boleh dikira beribadah
apatah lagi kalau bermain futsal menyihatkan badan.

Sekali lagi aku suarakan.
Sarkastik tidak sesuai digunakan untuk menyeru kebaikan.
Dakwah sentap, tweet sentap, #MohonTerasa
kalian rasa itu cara yang baikkah?
Banyak lagi cara lain,
kenapa tidak gunakan cara hikmah?



Jadi,
apa pendapat kalian tentang banner tersebut?

Aku terbuka untuk mendengar sebarang pendapat,
tapi jangan paksa aku terima cara radikal kalian yang suka menggunakan sarkastik.






.

1 comment:

  1. Pada aku kreatif apa.. Tapi betul la... memang agak sensitif isu yg digunakan kt dalam banner ni. Kalau dia buat ala2 whatsapp last seen ke... aku rasa lebih elok.

    Hmm..entahlah. Nak buat macam mana kan, dh mcm tu je diorg fikir cara terbaik yg diorg mampu buat utk spread dakwah. Kira ok lagi la apa yg diorg buat ni, xde la menyusahkan org sgt. Rasanya ada gak yg terasa dan berubah.

    Tp apa yg kau tulis kt entri kau ni dh hampir lengkap dh dan aku pun x tau nk bg pendapat apa lagi.

    Utk banner ni aku rasa paling penting niat org yg buat tu. Maybe dia cuba nk letak sense of humor dlm dakwah tp disalah translate sebagai dakwah sentap. Hmmm..entahlah...ni pendapat aku je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...