Sunday, April 10, 2016

Rahsia.

Salam.

Sebagai mukadimah,
kita semua ada rahsia masing-masing.
Kecil, besar, lama atau baru, rahsia datang dalam pelbagai bentuk.
Jadi, apa patut kita buat dengan rahsia?

Sesetengah orang menilai orang lain melalui rupa fizikal,
ada pula yang menilai melalui hati budi.
Tapi,
aku menilai seseorang melalui berapa tinggi hormat dia kepada rahsia.




Semasa zaman sekolah dahulu,
aku anggap diri sendiri sebagai pemegang rahsia.
For reasons I don't know, ramai kawan-kawan yang sudi berkongsi rahsia mereka dengan aku walaupun pada dasarnya aku tak berminat pun.
Mungkin sebab aku suka mendengar kot...entahlah.

Jadi,
dari rahsia sekecil menipu dalam peperiksaan, sukakan seseorang secara rahsia, sehinggalah rahsia besar seperti pernah second base dengan awek sendiri, semua aku tahu.

Tapi memegang rahsia orang ni bukannya seronok,
sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab. Satu amanah.

Kalau aku terbocor rahsia, maka habis ranap persahabatan dan kepercayaan si pemberi rahsia.
Kalau aku cuba untuk mengugut menggunakan rahsia mereka,
juga aku tidak lagi dipandang sebagai seorang yang boleh menerima amanah.

Tapi menjaga amanah rahsia ini bukannya susah.
Apa perlu aku buat ialah...

...DIAM.


Diam adalah cara paling mudah menyimpan rahsia.
Sebab bila diam, tiada cara untuk rahsia itu terkeluar.
Sekaligus rahsia akan tersimpan dalam benak fikiran dengan amannya.

Imbasan kenangan di atas berbalik kepada satu poin,
iaitu menghormati rahsia.

Kita tak perlu pun menghormati si pemberi rahsia.
Tapi kita MESTI kena hormat rahsia yang diberi.
Kerana
mesti ada sebab kenapa rahsia menjadi rahsia.
Kalau tak ada sebab, maka rahsia itu bukan rahsia.
Rahsia itu boleh diceritakan kepada siapa pun.

Kekadang rahsia menjadi rahsia sebab kalau dihebahkan akan memudaratkan.
Memudarat itu termasuk memalukan, membawa tekanan dan juga memberi impak negatif mungkin bukan hanya kepada si pemberi rahsia, malah orang sekeliling.



Poin aku untuk entri ini ialah,
aku sedikit sedih bila ada beberapa orang yang 'kononnya' tahu rahsia aku sedang seolah-olah memegangnya bagi tujuan mengugut.
Kononnya,
"aku ada rahsia kau, jadi jangan buat tahi dengan aku."
"Kau kena hormat aku sebab aku tahu siapa kau."
"Hey, jangan ingat kau besar. Rahsia kau di tangan aku."

Tak kira sama ada kita kawan atau lawan, pada aku,
rahsia tetap perlu dihormati.

Aku tak pernah terniat nak pecahkan rahsia orang walaupun dalam nada bergurau,
jadi aku harap sesiapa yang tahu rahsia aku juga boleh turut sama buat sedemikian.

Kekadang rahsia tu bukan besar mana...
namun bukan rahsia yang menjadi isu, tapi tidak menghormati hak orang lain untuk berahsia, itu isunya.

Memang,
bila tahu seseorang itu ada rahsia, perasaan ingin tahu membuak-buak dalam diri mahu mengorek keluar rahsia berkenaan.
Bila sudah tahu rahsia tersebut, kita ada pilihan sama ada menyimpannya atau membongkarnya.
Pilihan di tangan kita.
Jadi,
jangan jadi douchebag pergi jaja rahsia orang lain semata-mata nak tunjuk diri tu lebih hebat dari si pemilik rahsia.



Sekali lagi aku tekankan di sini,
orang di sebalik cEro adalah rahsia.
Dan rahsia itu tak akan aku bongkarkan sesuka hati.
Tapi,
jika ada antara kalian sudah tahu siapa cEro yang sebenar,
aku memohon dengan rendah dirinya supaya menyimpan rahsia itu sebaik mungkin.

Bukannya dengan parading around social media memegang sepanduk kononnya kau tahu siapa cEro yang sebenar.

Ingat satu perkara,
ada sebab kenapa kau tahu rahsia aku.
Sama ada sebabnya adalah aku sedang menguji kau,
ataupun sebab aku juga ada pegang rahsia kau.
Dan kalau kau tanpa segan silu menjaja rahsia aku ke hulu ke hilir,
mungkin sudah sampai masa aku juga perlu buat perkara yang sama.

Tak, bukan mengugut.
Cuma pada aku, rahsia perlu dihormati.
Aku mungkin tak hormat kau, tapi aku hormat rahsia kau.
Dan aku suggest kau juga hormat rahsia aku sebelum terlambat.


Sekian.





.

2 comments:

  1. Ok cEro, ok... Aku x bgtau org siapa kau.. * bajet tahu..haha*


    Aku pun dari kecik byk simpan rahsia. Sbb aku memang x byk ckp, so senang la nk simpan rahsia. Tapi, masalahnya kekadang rasa bersubahat pulak bila rahsia tu ada kena mengena dgn perkara yg salah.

    Btw, yeaahhh..org di sebalik Bro Ley juga adalah rahsia. Haha.. Dah biasa simpan rahsia org ni, diri sendiri pun byk aku x nak dedahkan jadinya...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia.
      Sesetengah orang tak dapat hadam idea bahawa rahsia perlu disimpan, bukannya dicanang.

      Bab bersubahat tu, timbal balik keadaan. Kalau bagitahu orang lain itu lebih memudaratkan, jadi berdiamlah. Kalau tak bagitahu itu lebih mudarat, jadi beritahulah.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...