Sunday, April 16, 2017

Telan.


Salam.

Lama tak meluahkan perasaan di sini.
Bukan sebab hidup berjalan lancar,
tapi sebab hidup terlalu sesak,
nak bernafas pun kena di bawah kesedaran.

Semalam aku naik angin dengan anak buah aku.
Dia berumur 6 tahun.
Tanpa sebab munasabah, dia buat hal dan mengamuk di ruang tamu rumah ibubapa aku semasa keluarga dia datang ziarah mak abah aku.
Tendang sana, tendang sini.
Bukan setakat permaidani, sofa dan meja menjadi mangsa,
tapi sesiapa sahaja manusia yang berada di sekeliling dia akan menjadi mangsa.
Ibu bapa dia (abang dan kakak ipar aku) buat tidak tahu,
sekadar tegur dari jauh dan kembali sambung apa yang mereka sedang buat.
Si anak ni masih lagi mengamuk. Makin ditegur makin kuat jeritannya.

Aku hilang sabar.
Aku tangkap budak itu dan peluk dia kuat-kuat.
Dia tak boleh bergerak, hanya menjerit.
Aku pula jerit pada telinga dia, kalau nak aku lepas dia kena diam.
Selepas beberapa kali meronta, dia diam.
Aku lepas.

Aku mengaku tindakan aku agak melampau.
Aku juga mungkin menyakitkan dia dengan pelukan belenggu yang kuat.
Untuk itu aku tiada alasan, aku memang hilang sabar.

Aku benci diri aku yang itu.
Aku tak pernah marah budak kecil sebegitu sekali.
Aku suka budak kecil, anak kecil.
Malah aku berharap aku ada satu di sisi aku sekarang.
Tapi, kali ini aku marah bukan nak mengajar dia,
tapi aku memang hilang sabar.
Hilang pedoman.
Marah menguasai diri aku.

Aku benci diri aku yang itu.

Masa kecil dulu aku selalu fikir apa yang buatkan orang jadi jahat.
Adakah orang jahat tahu dia jahat?
Kalau dia tahu, kenapa dia nak jadi jahat?
Jadi jahat kan berdosa? Berdosa masuk neraka, kan?
Tapi kenapa orang jahat nak jadi jahat?
Orang jahat tak takut neraka ke?

Tiada siapa orang dewasa mampu jawab soalan aku itu dulu.
Sampailah ke saat aku sudah jadi dewasa sekarang.

Baru-baru ini ada sesuatu berlaku pada aku.
Sejak hal itu, aku seperti hilang sesuatu.
Apa yang hilang itu aku tak boleh terangkan,
tapi dalaman aku kosong, rasa kontang, rasa gelap.

Dan beberapa kawan kini sudah tidak menjadi kawan.
Orang yang aku percaya kini mendiamkan diri.
Semuanya terjadi bertubi-tubi.
Aku gagal berdiri tegak lagi.

Aku mahu tahu kenapa mereka berkelakuan sebegitu.
Kenapa mereka pergi tanpa sebab yang pasti.
Apa yang mereka lakukan sampai mereka ambil keputusan untuk menjauhi?

When I see them people from a far, they're okay.
Nothing wrong with them.
So, the fault must be on my side.
I've done something wrong?

But what?
What have I done?

Apa yang aku lakukan sampai mereka berkelakuan begitu sekali?
Aku tanya mereka, mereka tak jawab.
Aku tanya diri sendiri, aku tak ada jawapan.

Aku tidak dapat jawapan.

And for that,
day by day,
little by little,
from A to Z,
I'm starting to hate my own self.

I hate my self.

Jujur aku cakap, beban emosi yang berat ini aku tak mampu nak tanggung.
Berkali-kali terdetik bisikan syaitan untuk tamatkannya sepenuhnya.
Putuskan nadi, putuskan detak, putuskan nafas.
Tapi syukur aku masih ada agama,
segala bisikan gelap semua aku tepis dengan segera.

Tapi kegelapan aku bukan dari luar,
tapi dari dalam.
Aku benci diri aku sendiri.
Aku tak pasti sampai bila aku mampu menepis kegelapan ini.
Aku takut kalau aku terlambat, aku akan dikuasai.
Pada waktu itu,
keputusan yang bakal aku ambil akan bersifat segera,
aku takut agama dan iman aku tidak cukup cepat untuk menepisnya.

Aku semakin ditelan kegelapan.
Aku benci diri aku sendiri.
Senyum tawa gelak dekah semuanya palsu. Aku benci.

Ini bagaimana orang menjadi jahat.
Mereka ditelan sedikit demi sedikit dengan kegelapan sehingga satu tahap mereka gagal bawa keluar diri mereka dari selubung kegelapan itu.

Dan kini tiba saat aku ditelan.

Aku benci diri sendiri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...