Thursday, September 25, 2014

Spontan.


Ini adalah cerita tentang hari sabtu aku yang lepas.

Awal pagi, aku terbaca satu post twitter dari seorang kawan.
Dia post gambar ini:



Aku pun macam
"WOW. Nak pergi laa. Mesti best. Lagipun dekat Kompleks Sukan Negara je..."

Secara spontan aku decide nak pergi.

Disebabkan tengahari aku ada jemputan kenduri kawan sekolah,
jadi aku bercadang nak pergi belah malam.
Lagipun dari tentatif, memang sebelah petang (senja) mula acara,
jadi tak ada masalah sangat.

Lepas kenduri,
kawan-kawan sekolah yang lama tak jumpa decide nak borak-borak di kedai mamak.
Aku pun join sekali, tak ada masalah.

Lepak punya lepak punya lepak,
kami semua selesai berborak.
Tengok jam, rupanya dah masuk malam dah ceritanya.
Lebih tepat pukul 8.30 malam.
Aku dah start risau.
"Dah terlepas beberapa acara ni..."

Kami balik.

Disebabkan aku tumpang kereta kawan aku,
aku beritahu dia supaya hantar aku terus ke Bukit Jalil sebab ada hal.
Nasib baik memang dalam perjalanan ke rumah dia Bukit Jalil tu.
Dia OK.

Sampai di Bukit Jalil,
aku keseorangan masuk ke pekarangan tempat kereta mencari manakah acara Bon Odori yang dijadualkan.

TAK ADA.
LENGANG.

Yang ada hanyalah seseuatu di sudut hujung...iaitu FUN FAIR.
Fun Fair tu memang setiap malam ada, tapi lengang...

Berdirilah tegak aku di tengah-tengah dalam gelap di kawasan tempat letak kereta Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil sambil dalam kebingungan...

Aku buka balik twitter kawan aku tu dan baca baik-baik.
"Yup, Kompleks Sukan Negara. Yup, 20 September 2014. Aku tak silap..."

Tapi aku terbaca perkataan '
Free Shuttle Bus Service: KTM Shah Alam to Stadium'

WHAT? SHAH ALAM?

Tak puas hati, aku google acara 38th Bon Odori ni dalam gelap.
Ternampak perkataan:
The 38th Bon-Odori 2014.
Date. : 20th Sep 2014 (Sat).
Gates open. : 5:00pm.
Venue : Kompleks Sukan Negara, Shah Alam. (Panasonic Sports Complex).

Maka, bergemalah tempat letak kereta itu dengan carutan dan sumpah-seranah.



Pengajaran cerita:

1. Kalau nak spontan, pastikan cukup maklumat.
2. Istilah 'Kompleks Sukan Negara' kini tidak eksklusif lagi untuk Kompleks Sukan Bukit Jalil.
3. Dekat Bukit Jalil ada Fun Fair pada malam minggu.

Sekian.



.

Monday, September 1, 2014

Pelangi.


Aku tahu.
Hanya aku satu-satunya
yang mampu membentuk pelangi dalam diriku sendiri.

Aku tidak pernah mampu menggapainya
dan hariku terus berulang tanpa beza.
Namun aku masih mengejar takdirku
walaupun aku kerap menuding jari kepada yang lain.

Aku tahu.
Aku sepatutnya tidak membiarkannya sebegini.
Walaupun sudah kulihat di depan mata, adakah aku masih boleh percaya dengan takdir diri?

Aku tahu.
Aku harus terus ke seberang.
Ke masa hadapan yang menantiku di sebalik pelangi.
Aku tahu.
Aku tahu.


Wednesday, August 13, 2014

Reunion.


"I loved you,
my sweet and lonely strange of a friend
held you but couldn't share your soul
and if the time should come again
for kissing in the hall
meet me like we never left at all
so goodbye sweet and lonely
things are not the same
I have loved you but affection's bound to change
don't cry sweet and lonely
things are not the same
I have loved you but affection's bound to change
boats sail slowly by the dock and out the sea
never stop to think of what's untrue
you and I played little games that never seemed to end
never seemed to know what we've been through
goodbye sweet and lonely
things are not the same..."

Unforgettable 2x13 Reunion

Friday, June 6, 2014

Berubah.


Semua orang berubah...

Kau kata kau merayau atas tanah sendiri.
Tapi bila difikirkan
aku tidak rasa kau mampu.

Kau lelah, kau pecah
dan dari mata kau mengadu sakit.
Katanya semua orang berubah
dan aku tidak tahu mengapa.

Masa yang suntuk
untuk aku cuba memahami.
Cuba berbuat sesuatu hanya kerana mahu kekal di dalam percaturan;
Cuba terus berjaga dan terus dapat mengingati nama sendiri;
Tapi semua orang berubah
dan aku tidak rasa sama.

Kau hilang dari sini
dan nanti akan lenyap
tenggelam dalam cahaya indah.
Sebab semua orang berubah
dan aku tidak rasa sebegitu.

Masa yang suntuk
untuk aku cuba memahami.
Cuba berbuat sesuatu hanya kerana mahu kekal di dalam percaturan;
Cuba terus berjaga dan terus dapat mengingati nama sendiri;
Tapi semua orang berubah
dan aku tidak rasa sama.

Thursday, May 8, 2014

Takuk.

Adakah aku patut putus asa?

Terlalu lama aku meronta.
Namun,
takuk makin berlekuk dalam.
Aku masih berharap kejam.
Sedangkan yang lain sudah maju silam.
Aku hanya mengiring dengan mata kelam.

Adakah aku patut putus asa?
Adakah aku patut putus asa?

Aku patut putus asa.

Monday, May 5, 2014

Penyeri.

5 Mei.

Selamat hari lahir,
wahai si penyeri memori lama.
Suatu hari nanti,
dendam akan aku balas setimpal dengan sayang yang pernah aku dendangkan.
Lagipun,
kedua-duanya hanya terpisah dengan satu garis halus.

Saturday, May 3, 2014

Tolong.


Aku mahu terus maju ke hadapan.
Tapi...
Aku tak nampak jalan.
Aku masih tercari-cari laluan.
Aku masih meraba-raba tapak untuk berpijak.
Sedangkan masa begitu pantas meninggalkan aku.
Aku teruskannya dengan hanya berdiri diam.
Takuk sudah tidak berlekuk
tapi kini menjadi lubang yang dalam.
Hanya dengan usaha sendiri baru aku mampu untuk panjat keluar.
Menunggu sesiapa menghulurkan tali?
Jika tiada kepentingan, manusia tidak akan membantu.
Itu pengajaran yang aku belajar dengan cara yang pedih.
Maka,
aku tiada pilihan jika mahu keluar.
Aku hanya boleh memanjat menggunakan akal.
Kerana aku sedar,
manusia tidak berkepentingan seperti aku
hanya seperti lalat yang hinggap meja makan.
Sama ada dibiarkan, atau dihalau.
Tiada siapa mahu meletakkan hidangan di hadapannya.

Tolong.
Tolong aku.
Tolong aku bantu diri aku sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...