Sunday, September 6, 2015

Reset.






"You are never too old to set another goal or to dream a new dream."
                                                                                           - C.S. Lewis


Aku dikenali (oleh orang sekeliling aku) sebagai orang yang tiada cita-cita.
Aku tidak kisah. Serius, tidak kisah.
Kerana aku tahu ianya betul.
Aku tidak pernah ada cita-cita.
Seorang kawan aku yang dari umur kecil lagi dia sudah umumkan kepada semua bahawa dia mahu menjadi doktor gigi, dan alhamdulillah, dia berjaya jadi doktor gigi sekarang ini.
Aku pula?
Tiada.

Umpama selipar dihanyut arus banjir.

Or at least itu apa yang orang fikir.

Aku pernah ada cita-cita.
Pada awal usia 16 tahun, aku ada buat keputusan untuk menjadi sesuatu.
Dan itulah yang menentukan aliran aku.

Namun,
pada usia 18 tahun,
aku telah lakukan sesuatu keputusan yang menjadikan cita-cita aku itu mustahil.
A point of no return.
Aku tersalah langkah.
Aku tersilap pilih keputusan.
Aku gagal untuk tetap pendirian.

Maka,
aku menyimpang dari perjalanan impian aku.
Di kala rakan sebaya aku sudah mencapai cita-cita,
ataupun ada yang sedang dalam perjalanan yang tepat,
aku masih di takut lama.

Aku kembali menjadi selipar yang hanyut dibawa arus.

Tiba-tiba aku ternampak seseorang berkongsi quote C.S. Lewis di atas.

Kata C.S Lewis,
kita tak pernah terlalu tua untuk tetapkan matlamat baru atau kejar impian baru.

Tapi itu kata C.S. Lewis.
Dia sudah berjaya, kaya, dikenali ramai.
Dia sudah ada Narnia.
Dengan kata lain, dia layak berkata begitu.
Orang sudah berjaya memang mampu untuk tetapkan matlamat lain, mampu kejar impian lain.

Tapi aku?

Satu cita-cita pun aku tersasar,
layakkah aku mencari impian lain?


Tiba-tiba realiti menjelma.
Siapa kata cita-cita aku itu mustahil?
Itu cuma alasan aku, seorang yang sudah salah buat pilihan.
Aku masih boleh mengejar cita-cita awal aku.
Walaupun samar-samar, tapi ianya tidak mustahil.
Tiada apa yang mustahil.

Walaupun aku tersasar di titik yang tiada patah balik,
tapi aku masih boleh kejar destinasi aku mengikut cara lain.

Lima tambah dua sama dengan tujuh.
Begitu juga enam tambah satu,
empat tambah tiga,
lapan tolak satu.

Terdapat banyak jalan lain untuk mendapatkan keputusan yang sama.
Aku mungkin terlencong, tapi aku masih boleh ikut jalan jauh.

Buat masa kini,
cita-cita aku memerlukan dua perkara pokok;
Pertama, peluang.
Kedua, wang.

Peluang bukan dalam kawalan aku.
Tapi bila ada peluang, aku kena bersedia.

Namun, wang memang peranan utama.
Buat masa sekarang, aku tiada yang secukupnya.
Tapi dengan usaha, aku rasa aku mampu menempuhinya.

Malangnya, masa semakin suntuk.
Aku tidak sentiasa muda.

Harap aku sempat menggapainya.

Sekarang,
kalau ada yang beri pilihan sama ada dihadiahkan sebuah rumah agam besar atau sejumlah wang yang sama nilai, aku akan pilih wang. Wang itu akan aku buat modal sambung belajar supaya aku dapat kejar cita-cita aku.

Cita-cita yang lama aku pendamkan.
Cita-cita yang lama aku tinggalkan.

Kalau hidup ini satu permainan,
malangnya permainan ini tiada butang reset.
Jadi,
aku akan buat butang reset aku sendiri.




"Life is a game. Play it.
Life is too precious. Don't destroy it."
                                - Mother Teresa.




.

Saturday, July 25, 2015

Kebencian.





Aku menggalakkan kalian tak baca entri ini.


Bercerita tentang twitter aku, @cerolian.

Aku tidak follow orang sebarangan.
Kebanyakan yang aku follow adalah sama ada dia selalu singgah dekat blog aku ataupun aku kenal dia di bawah kapasiti 'cEro'.
Tapi ada juga beberapa profile yang aku follow atas sebab-sebab tertentu.

Semalam aku follow seorang perempuan ni, twitfemes.
Melihat follower seramai 18.3K menarik minat aku untuk selidik apa yang menariknya dia ni.
Bila skrol timeline, aku rasa yang utama sebab orang follow dia ialah dia ni lawa.
Jadi aku follow dia.
Tapi aku follow dia atas sebab kedua, tweet dia cool.
Pandangan pertama aku, dia perempuan yang cool.
Susah nak jumpa perempuan yang cool pada zaman kebanyakan perempuan nak ayu putih manja macam sekarang ni.

Aku follow dia.
Tapi tak sampai sehari aku follow,
dia buka tentang hal rogol, lelaki dan mangsa.
It's okay since dia ada follower ramai,
so nak spread awareness amatlah dialu-alukan....
Pada awalnya dia bincangkan tentang 'victim blaming',
di mana mangsa rogol dipersalahkan atas jenayah rogol.
Alaa...macam pakai seksi, ketat, gedik, terlebih berani dan sebagainya...

...hinggalah dia tweet sesuatu seperti ini:

"Imagine being a woman.. constantly living in fear of getting raped.. And when we do get raped.. We are the one who get blamed.."


Since dekat atas bumi Allah ini hanya ada dua jantina; lelaki dan perempuan,
bila dia kata 'being a woman...living in fear', dia indirectly blaming men.

Start dari tweet itu,
aku sedar follower dia (kebanyakan yang perempuan) terus buka cerita masing-masing.
Contohnya;

"...one time this guard dekat emerald licked his lips and ckp nonsense to me and my friend. We were like 11 time tu."

"...And the way man looks at us... Serious takut... Dok dgn mak pun dok tgk kita atas bawah.. Seriously."

"...i know someone. Kisah dia sedih gila. Dia and 2 adik dia kena rape dengan her stepfather. I nak cerita pun tak sanggup."


Girls power.
Semua perempuan yang ada pengalaman sama ada first hand or second,
semua bongkar cerita masing-masing.
Tapi pointnya sama, PEREMPUAN TAKUT HIDUP KERANA LELAKI.

Si twitfemes ni pun tambah lauk...

"This constant fear we are living in.. Laki tak faham.. Tak akan faham."


Makin ramailah follower dia (perempuan, dan ada beberapa lelaki nampak baru lepas habis sekolah kot) sokong pandangan dia. Makin ramai yang berkongsi pandangan dan cerita.


Let me be clear,
aku tak ada masalah dengan isu yang dia bangkit.
Yang aku ada masalah ialah dengan sikap 'generalization' dia.
Dia cakap MAN, MEN, MALE, HE, HIS, HIM, LELAKI, LAKI.

Dan ada seorang lelaki cuba menongkah arus dengan berkata bukan semua lelaki macam tu.
Si twitfemes ini menekankan:

"Yes... not all men are like that but lets talk about men WHO ARE LKE THAT."


Okay, point taken.
Apa kata lepas ni spesifikkan lagi penyataan itu.

Kemudian,
bila ada lelaki sentuh pasal 'gender war', ini reply macam ni:

"...they love making it into a gender war padahal its not... benda pasal rape victims and rapists kot...... "

masalahnya siapa yang mulakan dulu letak salah ke atas lelaki?


Ada lagi lelaki cuba pertahan diri, dia reply begini:

"..i am specifically talking abou MEN WHO RAPE. You're a man but you're not a rapist (i hope not) so why marah........."


DAFUQ?
Clearly awak guna MAN, MEN, MALE, HE, HIS, HIM, LELAKI, LAKI,
pastu sentap bila orang tegur pasal generalization.
Orang dah tegur, cubalah ubah.
Apakah?

Secara peribadi,
aku rasa ini clearly dah keluar dari landasan.
Kalau niat dari awal lagi nak RAISE AWARENESS,
kenapa nak kena retweet semua cerita-cerita maki dan hina yang follower dia share tu?
Apa fungsi pergi tabur baja pada tweet kebencian macam tu?

Kalau betul nak RAISE AWARENESS,
patut dilebihkan tweet tentang preventive measures.
Kongsikan apa yang patut (dan tak patut) perempuan lakukan.
Beritahu apa tindakan bila berhadapan dengan situasi tertentu.
RT mana-mana tweet yang BERMANFAAT,

bukannya sibuk bercerita apa yang rapist tu dah buat.

Lagi satu,
kalau dia maksudkan MAN, MEN, MALE, HE, HIS, HIM, LELAKI, LAKI yang dia taip tu ialah RAPIST, kenapa pergi petik cerita pasal raba apa semua tu?

Ini yang aku kata generalization.
Biar aku beri contohnya macam ni;

Aku mula-mula kata "PEREMPUAN KULIT CERAH ITU SOMBONG!"
Para lelaki (kebanyakannya) setuju dan share cerita masing-masing.
Ada yang kena jeling hanya sebab berkongsi senyuman ikhlas.
Ada pula perempuan yang lari sebelum lelaki tu sempat menegur untuk bertanyakan arah jalan.
Ada yang kena sembur pepper spray di parking lot kekonon kena tuduh ikut belakang padahal lelaki tu parking dekat sebelah kereta perempuan tu.

Lepas tu ada perempuan pula cakap,
"BUKAN SEMUA PEREMPUAN KULIT CERAH TU SOMBONG LAAA."
Lepas tu aku sentap dan kata
"i am specifically talking about PEREMPUAN YANG SOMBONG. You're a PEREMPUAN but you're not SOMBONG (i hope not) so why marah........."

Nampak tak contoh yang aku bagi tu?
Nampak tak?
Nampak tak macam mana generalization boleh menyemai kebencian?


Sudahlah pepaduan sesama kaum dekat negara kita ni semakin rapuh.
Dengan berbeza pandangan politik lagi...
Dengan pergaduhan agama lagi...
Nak ditambah lagi dengan kebencian terhadap jantina lain?

Yang benci sangat dekat lelaki ni,
abah awak tu bukan lelaki ke?

Inilah jenis perempuan yang aku cukup tak suka.
Baru dapat kuasa sikit (in term of 18.3K follower) dah rasa apa yang dia cakap tu betul semuanya.
Dah rasa semua orang perlu setuju dengan pendapat dia.



Kepada si twitfemes tu,
kalaulah awak ada baca entri ni (KALAULAH...)
cuba skrol balik tweet-tweet awak tu dan baca dari mula.
Mana satu yang betul-betul nak RAISE AWARENESS dan mana satu ada berbaur kebencian.
Awak ada kuasa nak sebarkan kesedaran kepada ramai follower awak.
Tapi kenapa awak pilih untuk sebarkan kebencian.

Awak baru kena stalk, kena ikut dengan beberapa lelaki,
kenapa semua lelaki atas bumi ni perlu dipertanggungjawabkan?
Kenapa buat generalization?

Dan awak jangan rasa hanya perempuan yang ada masalah macam tu.
Lelaki pun ada juga masalah kami.

"Imagine being a man.. constantly living to see disgust and contempt in women's eye.. And when someone get raped, we all are who get blamed.."


Yang ironinya,
awak punya pinned tweet tertulis begini:

"hating takes a lot of energy and hatred takes a lot of space in ur heart but i guess some ppl have a greater capacity to hate than others.."

Dah lupa apa yang awak tweet pada 11 Jun 2015?
Ke awak hanya tweet berharapkan RT beratus-ratus?

Tapi bila fikir balik...
siapalah aku nak bagi teguran.






Aku?
Aku minta maaf kalau ada yang tidak bersetuju dan terasa.
Let's agree to disagree, dan senyum selepas ini.
Hidup aku dah penuh dengan perkara negatif.
Aku tak mahu perempuan cantik macam dia jadi sebahagian dari sebelah negatif hidup aku.

Maka aku pun decide untuk unfollow dia.





.

Thursday, March 5, 2015

Vanila.




Bila aku baca balik entri Kisah Aiskrim,
aku dapati daripada komen bahawa mereka yang membacanya melayan cerita tersebut seperti sebuah luahan perasaan seseorang.

Dan seseorang yang dianggap itu tentulah si pemilik blog.

Walaupun aku berani jamin bahawa cerita itu sepenuhnya fiksyen,
tapi rasanya sesebuah fiksyen adalah lebih dapat difahami intipatinya apabila disuntik sedikit realiti dan kebenaran ke dalam jalan ceritanya.

Seperti penipuan.
Kebanyakan penipuan terselit sedikit kebenaran.

Tapi itu bukanlah yang menarik minat aku untuk menulis di sini.
Apa yang menarik minat aku adalah majoriti yang tinggalkan komen ada menyebut,
"Aiskrim bukan satu perisa sahaja. Banyak lagi perisa lain di luar sana.."

Yup,
I got the point there.
Tapi itu mengingatkan aku kepada perbualan aku dengan seorang kawan suatu masa tidak lama lalu.

"Bro, soal jodoh ni jangan memilih."
Itu kata-kata dia yang buatkan aku terdiam beberapa saat.

Sudah tentu aku kena memilih dalam soal jodoh.
Bakal isteri aku yang aku pilih itu bakal menjadi peneman hidup aku sehingga ke akhir hayat dan seterusnya insyaAllah ke syurga Allah.
Bakal isteri aku yang aku pilih itu bakal menjadi ibu kepada anak-anak aku yang merupakan penerus zuriat aku di muka bumi ini.
Bakal isteri aku yang aku pilih itu perlu mengurus segala baik buruk aku, makan minum aku, jaga pakai aku, sakit tidur aku, zahir batin aku dan macam-macam lagi.

Sudah tentu aku mahu memilih bakal isteri yang terbaik.

Jadi bila dikata 'jangan memilih'
ianya seolah-olah kalau satu hari si isteri itu bukanlah yang terbaik, maka aku boleh buang dan cari yang baru.
Bukankah itu zalim namanya?

Sebut tentang zalim,
dalam Kisah Aiskrim itu, si Aiskrim Vanila menolak si Aiskrim Coklat kerana hatinya masih mengingati si Aiskrim Strawberi.
Apa yang para pembaca nampak cuma 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran'.
Tapi,
pada hemat aku pula,
si Aiskrim Vanila sedang melakukan sesuatu yang tepat.

Jika si Aiskrim Vanila menerima si Aiskrim Coklat di saat dia masih mengingati si Aiskrim Strawberi, bukankah si Aiskrim Vanila seperti sudah bertindak zalim terhadap si Aiskrim Coklat?

It will be not pure love.
Itu namanya rebound.
REBOUND.
Mengisi kekosongan di jiwa dengan mengambil sesiapa sahaja yang ada pada ketika itu.
Bukankah itu zalim?
Bukankah itu namanya menganiaya si Aiskrim Coklat.

Bak kata orang,
'Time heals all wounds'
Bukankah selepas satu waktu bandul berhayun
si Aiskrim Vanila berkeputusan untuk move forward?
Cuma tindakannya untuk bermula dengan mencari semula si Aiskrim Coklat dikira terlambat.
Namun, si Aiskrim Vanila masih dapat kekalkan komposisi dan terus tersenyum.

Pada aku,
itu adalah jalan terbaik yang mampu si Aiskrim Vanila lakukan.

Bagi yang tidak pernah rasa,
luka di hati mengambil masa untuk pulih semula.
Dan sesetengah luka akan meninggalkan parut.
Dan sesetengah parut akan kekal selamanya.

Dan bagi metafora penggunaan aiskrim sebagai watak,
aku rasa ianya sangat sesuai.

Walaupun kita tahu adanya aiskrim perisa strawberi, perisa coklat, perisa lemon di luar sana, tapi rasanya aiskrim perisa vanila sepenuhnya tiada.

Perisa vanila selalunya datang bersama perisa lain;
contohnya coklat dan vanila, lime dan vanila, strawberi dan vanila.
Aiskrim vanila sepenuhnya memang tiada.

Dan (hanya sebagai info) vanila adalah herba kedua termahal di dunia selepas safron.

Bukan aku mahu katakan bahawa si Aiskrim Vanila itu rare,
tapi aku mahu tekankan bahawa sebagai Vanila sendirian, dia adalah useless.
Tapi sebagai teman, vanila mampu menaikkan rasa perisa lain,
termasuklah strawberi, coklat, lime dan lain-lain.

Seperti angka kosong.
Berdiri angka kosong sendiri tiada nilai.
Tapi apabila angka kosong berada di belakang angka satu, nilai angka satu melonjak sepuluh kali ganda.

Jadi, yes.
Vanila adalah angka kosong.



.

Wednesday, February 4, 2015

Realiti.



Otak aku tak pernah berhenti berfikir.
Lumrah, bukankah itu yang dinamakan manusia?

Setiap kali aku bertentang mata dengan kenalan perempuan,
aku selalu terbayangkan bagaimana jika si dia sebagai peneman hidup aku.

Apa akan berlaku jika kami bersama?
Adakah aku mampu bertugas sebagai suami?
Adakah dia mampu bertindak sebagai isteri?

Adakah dia memang tercipta dari rusuk kiri?

Adakah kami bahagia?
Adakah kami bertolak-ansur?
Adakah kami berkekalan?
Apakah cabaran yang bakal mendatang?

Tiba-tiba realiti datang memijak.
Aku tersedar,
itu semua angan-angan terlajak.

Aku belum layak untuk sesiapa.
Kerjaya aku tidak stabil.
Kewangan aku tidak selalu hadir.
Tiada rumah, tiada kereta sendiri.
Bagaimana aku nak bertanggungjawab sebagai suami?

Aku sendiri tidak mampu menjaga diri,
bagaimana layaknya aku memiliki isteri?

Realiti yang menghentam sangat dahsyat.
Menarik segala keyakinan diri menjunam ke tebing yang gayat.

Walaupun punya hati, tapi aku tidak berani.
Aku tidak layak memiliki, dan tidak layak dimiliki.

Mereka kata self-esteem aku rendah.
Mereka kata aku main tarik tali.
Hakikatnya bukan self-esteem rendah, tapi aku yang lemah.
Realitinya bukan main tarik tali, tapi aku yang tidak berani.

Melihat imej sang isteri yang hanya tinggal bayang,
seorang demi seorang aku lihat hilang.
Mereka pergi mereka lari.
Semuanya kerana aku tidak berani,
dan mereka tidak mahu tunggu lagi.

Lali. Aku sudah lali.
Melihat mereka pergi mencari bahagia sendiri.
Separuh hati gembira mereka bahagia.
Separuh lagi sedih kerana bukan aku bersama.

Selamat jalan kegiranganku.
Selamat berlayar di dalam bahtera bahagia
menempuh selat dan lautan duga.
Aku melambai dengan senyuman.
Kerana hanya itu yang aku mampu, wahai teman.

Kerana si penakut macam aku tidak layak.
Tidak layak.



.

Saturday, January 31, 2015

Januari.



Bulan pertama 2015 melabuhkan tirainya.
Satu per dua belas sudah kita melalui tahun ini.

Macam-macam berlaku.
Suka, duka, bosan, raian,
semuanya ada walaupun baru 31 hari.

Pengajaran utama yang aku pelajari Januari ini ialah:
People don't suddenly change. They lie.

Tiada orang yang mampu berubah tiba-tiba.
Perubahan itu sendiri satu proses.
Dan seperti proses yang lain, ianya memakan masa.

Jadi,
tiada siapa yang pagi tadi bodoh,
petang nanti sudah menjadi pandai bijaksana.

Tiada siapa yang semalam bencikan yogurt
tiba-tiba hari ini yogurt menjadi makanan kegemarannya.

Tiada siapa yang minggu lepas hodoh,
minggu ini jadi cantik dan kacak bergaya.

Tiada siapa yang bulan lepas sukakan seseorang,
bulan ini sukakan orang yang lain pula.

Kalau ada,
sama ada ianya satu proses yang sudah sekian lama berlaku,
ataupun dia menipu.

Manusia tidak berubah secara tiba-tiba. Manusia menipu.







.

Sunday, January 11, 2015

Normal.



Once upon a time,
there was a little boy
who always wanted more than he had.
But when he finally grew up,
he found out he had everything
he would have ever wanted all along.

The end.


- Californication          
4x11 The Last Supper





.

Friday, December 19, 2014

Story.


Think of your life as a story.
Actually, you already do.

FMRI studies show us that following a story,
a narrative with a beginning, middle, and end causes our brains to release cortisol and oxytoxin.
These chemicals give us the uniquely human ability to connect with someone, even a total stranger, and empathize.

In other words, stories are what we use to find meanings in our lives.

Now,
imagine for a moment that we lived without the understanding that our story must eventually end.
What if our lives were as infinite as the universe, as if the ticking clock never stopped?
What would our story be then?
Would we...still love?
Or care?

Would those tiny, fleeting moments that mean everything,
mean anything at all?



- Perception   
3x05 Eternity




.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...