Friday, November 16, 2012

Sahabat.


Ini adalah cerita di mana
aku terlalu terikat denagn laman sosial.
Lebih tepat, Twitter.

Seperti manusia normal lain,
aku hanya follow orang yang aku kenal dan nak follow.
Kebanyakkan mereka adalah kawan sekolah, kawan U, kawan kerja, dan beberapa orang selebriti.

Alkisah bermula bila aku sedar seorang kawan (perempuan) aku ni tak follow aku.
Lebih tepat, dia unfollow aku
sebab aku sangat pasti satu masa dahulu dia follow aku.
Bila aku bula page dia, baru aku tahu dia sudah tak follow aku.
Berapa lama dia sudah unfollow, aku tak pasti.

Ianya menyakitkan hati aku.
Mana tidaknya,
aku rasa dia tak ada masalah dengan aku.
Aku pun rasa dia memang menganggap aku sebagai kawan dia,
mana tidaknya, kami dah kenal lebih 13 tahun.
Malah, ada ketika kami berkongsi rahsia,
pernah makan malam berdua bersama,
pernah keluar layan konsert percuma bersama,
pendek kata, kami bukan sekadar kawan biasa yang hanya bertegur sapa dalam laman sosial.
Paling kurang, kami adalah kawan yang sebenar-benar kawan.

Atas sebab yang aku tak pasti,
dia unfollow aku dalam twitter.

Bak kata orang, butthurt.
Aku keras menganalisa diri, membuat soal selidik kepada diri sendiri tentang apa sebenarnya punca berlaku semua ini.
Adakah aku yang salah?
Aku ada salah cakap?
Aku annoying dalam twitter?
Ada berita buruk tentang aku tersebar?
Ada orang busuk hati busukkan reputasi aku?

Semuanya menjadi tanda tanya.

Lebih-lebih lagi,
aku kurang kawan.
Bukan tak ada, tapi aku anggap diri aku sikit kawan.
Mungkin sebab aku kurnag bercampur, dan kurang bersosial.
Tapi, yang aku pasti,
aku amat menghargai setiap kawan aku.

Walaupun hari jadi mereka aku dapat tahu dari Facebook (thank you Mark)
tapi aku pastikan yang mana aku ada nombor tu,
akan aku hantar paling kurang satu SMS ucap selamat.
Juga, mana kawan-kawan yang baru dapat anak,
aku sendiri akan ucapkan melalui panggilan, atau paling kurang, juga, SMS.

Dengan kata lain,
aku amat menitik-beratkan perbezaan kawan di dunia atas talian dengan dunia realiti.
Aku menghargai mereka (yang sedikit itu).

Oleh sebab itu,
aku amat terasa bila kawan yang tiada masalah,
pergi unfollow aku dan sanggup follow artis dan ahli politik yang jelas-jelas tak kenal diri dia.

Ya. Aku butthurt!

Namun,
setelah puas meroyan dalam twitter tentang isu ini,
seorang kawan aku menasihatkan aku.
Kata dia, hak untuk follow atau unfollow terletak pada pemilik account.
Apa sebab, tak ada sebab,
itu hak mereka, dan tak perlu mereka ceritakan kepada siapa-siapa.
Kalau aku betul-betul hargai mereka sebagai kawan,
aku akan terus berkawan dengan mereka di alam realiti
walaupun mereka sudah tidak follow dalam alam atas talian, iaitu Twitter.

Lalu,
aku sedar.
Rupanya, aku terlalu terlekat dengan alam atas talian
dan lupa skill sosial di alam realiti.
Aku tekad, selepas ini,
aku akan lebih jelas membezakan antara alam atas tlaian dnegan realiti.

Namun,
aku masih ada keraguan.
Bukankah 'persahabatan' adalah ikatan dua hala?
Kalau aku sahaja yang anggap dia sahabat,
dan dia tidak anggap aku apa-apa,
adakah kami masih 'sahabat'?

Friday, October 12, 2012

Barang.

Barang itu.
Barang itu pernah aku pandang.
Barang itu pernah aku pegang.
Barang itu pernah aku tatang.
Tapi itu dulu.
Itu sewaktu ianya tersimpan rapi.
Itu sewaktu ianya menjadii misteri.
Sehinggakan aku gagal mengawal diri.

Tapi kini,
barang itu seperti perhiasan dunia.
Kau tayang sana sini ke mana sahaja.
Kau bayang atas bawah tak kira masa.
Kau canang luar dalam tak kenal siapa.

Aku agak keliru.
Sama ada aku perlu merasa bangga kerana mendapatnya sebelum mereka yang lain.
Atau aku patut menyesal kerana ianya menjadi begitu tidak berharga.

Sayangnya,
aku suka kau yang dulu.

Monday, September 24, 2012

Minat.


Tidak kira bagaimana cantik pun kamu,
tidak kira bagaimana ayunya kamu,
tidak kira bagaimana hebatnya kamu,

Jika kata-kata kasar dan kesan sering muncul di pinggir bibir,
aku tidak akan sekali-kali terdetik untuk menentu takdir.

Maaf,
aku tidak berminat perempuan yang kasar kata-katanya.

Thursday, September 20, 2012

Origin.


Dari entri dalam blog aku baru-baru ini,
aku dapat pelajari sesuatu yang sangat bermakna...

Ya.
Aku sangat berangan dapat hasilkan paling kurang sebuah buku komik hasil lukisan aku sendiri mengenai cerita yang aku sendiri fikirkan.
Aku ingat, dengan melukis dnegan banyak,
kemahiran aku mengenai melukis komik akan meningkat.
Jadi, aku melukis dengan banyak..
..banyak sampaikan aku berazam setiap dari entri blog aku itu harus mempunyai paling kurang satu lukisan kartun aku sendiri.
Dengan cara itu, aku akan maju
dan hasrat untuk menghasilkan komik aku sendiri bakal jadi kenyataan.

Namun, aku silap.

Untuk hasilkan komik, ya, perlukan skil.
Tapi yang lebih utama adalah pengetahuan mengenai komik itu sendiri.
Aku sedar bahawa aku harus mula smeula dari titik origin,
perlahan mendaki ke atas dengan menyerap kemahiran dari komik lain yang lebih berpengalaman.

Jadi, apa perkara pertama dalam usaha aku bermula semula dari titik origin?

Good black and white drawing only has three colors;
WHITE, BLACK and one shade of GREY.

Perkara kedua:
Moderately simple is better than hyperly-detailed or ridiculously simple.

Perkara ketiga:
Put the emotion into the story. Live the story.

Mari menuju kejayaan...

Sunday, September 9, 2012

Niat.


Biar aku dedahkan satu rahsia.
Aku ada katarak di mata kanan.
Ini akibat dari kemalangan yang aku alami beberapa tahun lepas.
Kesannya,
mata aku silau yang amat,
terutamanya pada waktu siang.

Hari ini ada kenduri kahwin kawan aku.
Selalunya aku akan tumpang kawan lain yang pergi.
Tapi atas sebab mereka yang selalu tumpangkan aku bertolak dari tempat lain dan bukan dalam perjalanannya melalui rumah aku,
aku tiada siapa yang boleh ditumpang.
Pilihan aku hanya dua;
PERGI DENGAN KENDERAAN SENDIRI atau
LUPAKAN NIAT ITU.

Ingat lagi perenggan pertama tentang rahsia aku itu?
Kerananya,
pilihan pertama untuk ke kenduri hampir kepada mustahil.
Jika aku dedahkan diri terhadap cahaya matahari sambil melakukan kerja yang berisiko seperti memandu atau menunggang,
aku bukan sahaja meningkatkan risiko kematian diri sendiri
malah mampu meningkatkan angka statistik kematian di jalanraya dengan melibatkan orang lain.
Maka, 'pilihan' aku bukanlah satu pilihan.

Aku terpaksa lupakan niat untuk ke kenduri.
Terpaksa lupakan niat untuk bergembira bersama kawan lama.
Terpaksa lupakan niat untuk melihat wajah seseorang yang aku suka.
Terpaksa lupakan niat untuk bergelak ketawa mendengar jenaka pengantin lelaki.
Terpaksa lupakan niat untuk memiliki kehidupan sosial yang normal...seperti orang lain.

Aku selangkah ke depan menuju kegagalan hidup.

Thursday, August 30, 2012

Trauma.


Wajah gembira hari ini.
Wajah sedih hari ini.
Kelemahan semalam.
Kekuatan hari ini.

Jika itu kamu, kepada siapa kamu tonjolkan?
Jika itu aku, kepada siapa aku persembahkan?

Kadang kala masa lalu
pergi dengan penuh kejam.
Tetapi dari kekejaman itu
terlahirnya masa kini.

Dengan gigih aku mencari
akan seseorang
yang mampu melepaskan
hati ini dari dibolosi ketakutan.

Sebagaimana aku gagal mengenalpasti bunga
yang menari di hujung kaki,
begitulah juga aku tak mampu menatap diri
pabila di hadapan cermin.

Wajah gembira hari ini.
Wajah duka hari ini.
Luka bertaut semalam.
Terbuka luas hari ini.

Jika itu kamu, kepada siapa kamu tonjolkan?
Jika itu aku, kepada siapa aku persembahkan?

Kewarasan dan kejununan
yang dikurnia adalah milikku --
Kedua-duanya wujud
tanpa menolak sesama sendiri.

Yang cabuk, yang tumpah,
dan yang sempelah...
Aku akan pilih dengan keazaman,
supaya aku tetap sebenar.

Kerana aku sentiasa
meletakkan definisi terhadap kegembiraan
dengan apa yang aku fahamkan.

Wajah gembira hari ini.
Wajah duka hari ini.
Walaupun luka bertaut semalam
terbuka luas hari ini.

Jika itu kamu, kepada siapa kamu tonjolkan?
Jika itu aku, aku mahu persembahkan kepada si dia.

Sunday, August 19, 2012

Raya.


Tahun demi tahun,
raya menjadi satu sambutan yang semkin tidak meriah.

Sama ada kerana aku semkin dewasa
atau persekitaran yang melemahkan
aku tak pasti.

Namun,
aku harap aku tidak terus merasakan raya itu kelat.
Ya, sekelat kopi yang aku lupa untuk sertakan gulanya.

Wednesday, August 15, 2012

Kitaran.


Perasaan bersalah tidak pernah mengajar aku.

Ya,
mungkin ianya berkesan 4-5 minit selepas perkara itu berlaku,
tapi akhirnya ia tenggelam dalam detik harian hidup.
Akhirnya, aku akan kembali lakukan perkara yang sama
dan merasa perasaan bersalah yang sama
dan kembali melupakannya, juga sama.

Seolah-olah, ianya satu kitaran
bukan garis perjalanan.

Aku tidak pernah belajar dari rasa bersalah.
Adakah aku terletak dalam kelompok manusia rugi?
Adakah aku jahat?

Tuesday, August 14, 2012

Tahi.


"Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah."

Ini ialah tahi lembu terbesar pernah aku tahu.
Kerananya, seorang yang penyayang dan tidak bersalah,
bakal terseksa disebabkan perkara yang tidak dilakukannya.

Tahi.
Aku akan bunuh kau satu hari nanti.

Monday, August 13, 2012

Esok.


Jam 0900
aku ada temujanji dengan doktor di HUKM berkaitan dengan mata.

Harap tiada apa yang merisaukan.

Aku tidak risaukan tentang esok,
aku risaukan tentang masa hadapan.

Satu.


Perasaan waktu mendapat jemputan perkahwinan daripada bekas kekasih hati sangat tidak menyenangkan.

Namun,
oleh kerana kami berpisah secara (agak) baik
aku takkan mampu jadikannya alasan untuk tidak dihadiri.

Tapi,
melihat seseorang yang pernah menjadi nombor satu dalam hati
yang kini menjadi nombor satu kepada lelaki lain
duduk di atas pelamin yang pernah aku angankan memang bukan mudah.

Aku pasrah.
Sila tabah.

Sunday, August 12, 2012

Nama.


Aku selalu beranggapan nama aku kedengaran pelik.
Tapi aku amat sukakannya.
Sesetengah dari mereka di luar sana memperlekehkan nama aku kerana kedengaran seperti nama perempuan.
Tapi aku tetap sukakannya.

Lalu,
natijah dari perasaan kesunyian
aku menaip nama aku dalam laman enjin carian.
Rupanya nama aku bukan begitu pelik.

Menariknya,
beberapa pemilik nama aku yang muncul dalam keputusan carian
memiliki pekerjaan yang aku impikan dari kecil.
Ya,
pekerjaan yang aku hanya impikan, tapi tak kesampaian.

Ini sekaligus membuatkan aku berkobar-kobar.

Akan datang,
insyaAllah,
ketika pemilik nama aku yang lain mencari nama mereka dalam lama enjin carian,
wajah aku yang akan muncul dek kerana kejayaan aku.

InsyaAllah.

Friday, August 10, 2012

Lagu.

Siang tadi,
ketika aku membeli-belah di sebuah kompleks,
semasa aku masuk ke dalam satu kedai pakaian,
pembantu jualan kedai itu yang berbangsa cina sedang riang menyanyikan lagu raya yang dimainkan di corong radio kedai itu.

"Satu hari di hari raya, kudengar irama yang sungguh indah.."

Untuk sekali,
aku dapat rasakan perpaduan di kalangan kaum di dalam Malaysia masih boleh diselamatkan.

Thursday, August 9, 2012

Lori.


Tadi,
semasa sedang menunggang,
di hadapan aku ada lori sedang memotong lori yang sedang memotong lori lain.

Bayangkan,
salah satu dari mereka terbuat silap,
maka aku tidak akan di sini menulis mengenainya.

Ya,
dunia kita penuh dengan orang yang mementingkan diri sendiri.
Dan populasinya ketara ketika di atas jalanraya.

Wednesday, August 8, 2012

Mata.


Kadang-kadang,
ketika keseorangan,
aku duduk sendiri dan melihat sekeliling.

Alangkah indahnya alam ini,
alangkah banyaknya ilmu diperolehi,
jika aku tidak rabun seteruk ini.

Aku hilang nikmat.
Aku inginkannya kembali.

Monday, August 6, 2012

Myrna.

Siang tadi, semasa tidur, aku bermimpi.
mimpi tentang seorang perempuan bernama Myrna.

"Myrna...Myrna!"
Suara terjerit-jerit memanggil dia.
Tapi, seperti mimpi-mimpi yang lain,
aku tak pasti kesudahannya.

Yang aku pasti,
Myrna, dan ejaan namanya tertera dalam mimpi aku.
Sama ada ianya tercatat pekat dalam ingatan separa sedar
atau influensi dari persekitaran semasa tidur,
namun nama Myrna dan ejaannya tidak pernah aku jumpa
sekurang-kurangnya dalam minda sedar aku.

Agaknya,
siapa Myrna?
Siapa aku kepada Myrna?
Kenapa aku bermimpikannya?

Sunday, August 5, 2012

Senyum.

Bila aku jumpa si dia yang aku suka
tapi aku tahu aku tak akan milikinya,
aku selalu tersenyum dan terbayang
bagaimana kalau-kalau mimpiku kenyataan.
Apa yang pasti, aku sentiasa doakan kebahagiaan dia.

Dan itu membuatkan aku tersenyum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...