Friday, January 22, 2016

Hitam.


Salam.

Semasa kecil aku selalu bertanya kepada diri sendiri.
"Orang jahat tahu tak dirinya jahat? Kalau dia tahu dia jahat, kenapa dia tetap nak buat jahat? Jahat kan berdosa."





Aku tidak ingat apa jawapan yang aku dapat dari soalan aku itu. Tapi yang aku pasti konsep jahat-baik, dosa-pahala pada aku waktu itu seperti konsep hitam dan putih. Hitam dan putih dapat dibezakan hanya dengan sekali pandang, tidak perlu bahasan yang panjang.

Namun semakin dewasa, konsep hitam-putih itu semakin kabur. Apa perkara jahat yang bertujuan baik dan berpengakhiran baik. Ada perkara baik yang memberikan mudarat kepada orang lain sehinggakan termuncullah kejahatan.

Jahat dan baik kini bukan lagi semudah membezakan hitam dan putih. Tiada lagi sempadan nyata antara hitam dan putih, tetapi wujudnya kelabu di antara dua. Bukan hitam, bukan putih, tapi kelabu.

Begitulah rontaan harian aku.

Untuk memenuhi tuntutan mengejar impian (terutamanya kewangan), bermacam-macam helah jahat kau fikirkan. Menipu. Merompak. Memeras ugut. Mencuri. Menyorok kebenaran. Namakan sahaja. Otak aku tidak pernah berhenti dari memikirkan penyelesaian. Kebanyakannya adalah jalan hitam yang tidak halal.

Tapi niat aku ialah mahu sambung belajar. Mahu menjadi sesuatu, seseorang yang bakal menyumbang kepada orang lain. Mahu menjadi pemberi inspirasi, pembawa harapan, pengiring keamanan dan keindahan hidup. Bukankah itu satu niat yang murni?

Persoalannya sekarang, tiada jalan singkat untuk aku memperolehnya jika aku tidak lalui jalan hitam. Tanpa agama dan pedoman, aku mungkin sudah memilih jalan hitam kerana ia lebih senang dan berhasil. Namun aku ada agama. Aku ada pedoman. Aku harap iman aku cukup kuat untuk mengelak jalan-jalan tidak halal itu semata-mata hanya kerana hasil yang aku dapat mampu membawa kebaikan.

Ia berbalik kembali kepada soalan aku setiap hari.
Patutlah aku berputus asa dari impian aku?




.

4 comments:

  1. matlamat tidak menghalalkan cara. cuba bayangkan duit hasil perkara syubhat digunakan untuk menuntut ilmu, di mana keberkatan yang akan kita perolehi?

    I'm having the same dilemma as you do bro. tengah cari ikhtiar (dari segi kewangan) untuk sambung belajar. but i believe there's a way. semua benda jadi mudah kalau kita sandarkan pada Yang Maha Kaya. pernah dengar tazkirah dari Ustazah Norhafizah Musa. katanya mungkin Allah nak dengar rintihan n luahan hati hambaNYA di malam hari untuk kita dapatkan penyelesaian dari segala konflik yang dihadapi.

    ReplyDelete
  2. Always tell myself..nasib baik ada agama..kalau tak,mmg ak ak nk buat mcm2 dark things..tpi rasa mcm menipis ajee iman neyh...

    Pasal impian, u should chase it...serious ko jgan pikir sngt obstacle kewangan tue..bagi aku, kalau ak nak, ak mesti dptkan..sebab ak xnak hidup dlm pnyesalan... doa bnyak2 moga dprmudahkan di tngah jalan..moga ada rezeki muncul...

    N i envy of u...ak masih macam daun kering trapung d sungai...msih terpkir apa impian aku apa aku idamkan apa aku kejar..

    ReplyDelete
  3. Cantik doodle perempuan ni walaupun suram dan tak sempurna.

    ReplyDelete
  4. Cantik doodle perempuan ni walaupun suram dan tak sempurna.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...