Sunday, January 24, 2016

Keputusan.


Salam.

Yang ada, mencari. Yang menuju, berhalangan. Yang sudah ada, tidak bersyukur.





Mungkin jika aku tanya kalian patutkah aku berputus asa, jawapan kalian ialah tidak, terlalu awal, cuba lagi, jangan putus asa. Tapi daripada segala halangan yang aku lalui sejak dari awal menetapkan impian, aku terasa seperti ada saja yang menghalang.

Belum dapat peluang, aku cari peluang. Sudah dapat peluang, banyak yang menghalang. Halangannya pula bukannya kecil, tapi cukup besar dan tidak dapat diterima akal. Semua ini membuatkan aku penat. Penat meronta. Penat menempuh. Penat segalanya.

Aku sudah berada di hujung pemikiran di mana aku perlu buat satu keputusan pejal dan berpegang kepadanya. Satu keputusan sama ada segala rontaan dan susah payah yang aku lalui sebelum ini bakal berbaloi ataupun ia sekadar satu memori yang bakal terpalit di benak akal fikiran aku.

Satu keputusan yang cukup besar, sama ada aku patut kejar impian dan menikmatinya atau tinggalkannya dan kembali menjadi diri aku sebelum ini, sebelah selipar yang dihanyut arus kehidupan.

Satu keputusan yang bakal mencorak pemikiran aku yang sebelum ini percayakan tiada kemustahilan ataupun membuktikan bahawa sesetengah perkara itu adalah mustahil tidak kira betapa kuat kita menguak.

Keputusan tentang satu soalan.
Patutkah aku berputus asa dari impian aku?

Aku patut.




.

2 comments:

  1. Aku percaya luahan-luahan ini hanyalah cebisan dari keseluruhan rase helpless yg kau tgh rase. I wish I could convince you otherwise.

    ReplyDelete
  2. Aku respek apa saja keputusan kau berkenaan hidup kau cEro (kecuali jika ianya melanggar batasan agama dan undang2)... huhuhu. Siapa kita untuk judge kehidupan orang lain? Hanya Allah Taala saja yang tahu dan memahami segala-galanya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...