Salam.
Mengejar impian bukannya mudah, apatah lagi kalau lambat bermula. Wang, bantuan, masa, konsep, bukanlah sesuatu yang senang diperoleh hanya kerana kemahuan kita yang membuak-buak.
Sebab itu aku yakin, kalau aku mampu harungan segala cabaran ini, aku akan menjadi seorang yang bersyukur dan tidak mudah lupa diri. Kesusahan dan kesakitan yang dilalui merupakan pengajar terbaik untuk menjadi yang lebih baik. Aku yakin aku mampu menjadi sesuatu yang terbaik, tawaduk dan merendah diri.
Namun lain cerita dengan mereka yang sudah berada di jalam impian aku.
Sering kali aku baca dan dengar tentang rungutan mereka. Susah sana. Payah sini. Sesal sana. Kesal sini. Ini salah. Itu salah. Semuanya serba tidak kena, walhal mereka sudahpun menjadi apa yang ingin jadi. Jelas kedengaran tiada kesyukuran ke atas Yang Maha Esa tentang jalan yang mereka perolehi. Tidak habis-habis dengan rungutan walaupun sudah sedia maklum itu merupakan sebahagian daripada profil kerjaya mereka.
Jenis orang macam ini yang sangat menyakitkan hati aku.
Kalau ikutkan sisi hitam aku, mahu saja aku rejam kepala mereka sampai bersyukur dengan setiap nafas yang mereka helakan. Mahu saja aku potong kaki mereka supaya mereka tahu tempat mereka berdiri itu merupakan idaman ramai, termasuk aku. Mahu saja aku cantas kepala mereka supaya mereka tahu langit yang mereka junjung itu adalah kurniaan Tuhan Yang Memberi Rezeki.
Bersyukurlah.
Tapi kalau tak suka, berundurlah.
Ramai lagi menanti panggilan mereka.
Aku harap aku tidak akan tergolong ke dalam golongan sedemikian. Namun dari apa yang aku rasai sekarang, harapan adalah perkara terakhir boleh aku harapkan.
Patutkah aku berputus asa dari impian aku?
.
Jangan putus asa, Cero. Aku percaya ko akan berjaya, inshaallah Amin.
ReplyDeleteAku suka nak cakap benda cliche ni. Cliche, tapi berkesan. Cubalah amalkan bangun malam, tahajjud. Solat Dhuha juga. Cuba jadikan amalan. Allah tak pernah bohong. Janji Dia benar. Cubalah! Semoga akan terbuka jalan untuk ko nanti. Aku doakan juga. Amin.
P/s: jangan ko bebuat tak kenal aku pulak nanti bila dah berjaya. Aku sepak ko!